top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Wanita Berlumpur Di Bilik Adik...

Assalammu'alaikum KC dan pembaca blog Malam Seram,


Kisah ini adalah kisah benar dan ianya berlaku di dalam rumah saya. Sebelum itu, saya ingin membuat sedikit gambaran lokasi dalaman rumah saya. Bilik tidur saya bersebelahan dengan bilik tidur adik lelaki saya dan bilik kami berdekatan dengan dapur, manakala bilik tidur kakak saya di bahagian ruang tamu.


Ketika itu saya seorang diri di bilik. Malam semakin kelam menunjukkan tepat jam 12. Saya memang tidur bersendirian tapi entah kenapa malam itu saye rasa tak keruan, seperti ada yang tak kena. Saya terasa dahaga dan terus ke dapur tapi ketika di dapur saya rasakan bagai ada yang memerhatikan saya dari belakang. Saya rasa seram sejuk dan terus kembali ke kamar saya dan putar lagu untuk menghilangkan rasa takut, namun rasa seram itu masih ada. Saya cuba tidur tapi tidak boleh. Saya membuat keputusan untuk tidur dengan kakak saya, lagipun suaminya sedang bekerja di luar kawasan. Saya dapat tidur dengan baik.


Pada jam 3 pagi, anak buah saya terbangun dan menangis. Saya mula rasa tak sedap hati. Saya dapat rasakan ade sesuatu yang tak kena pada malam itu. Lama juga dia menangis. Kakak cuba memujuk tapi tak mujarab. Kakak saya tergerak hati untuk membuatkan susu di dapur. Dia pun membawa anaknya bersama dan selang beberapa minit, saye terasa pelik kenapa kakak saya berlari masuk ke bilik. Saya cuba bertanya apa yang berlaku tetapi dia tidak mahu menjawab dan hanya diam sahaja. Anak buah saya masih menangis tak mahu tidur. Saya kemudian menyuruh kakak membaca surah-surah atau doa pelindung sambil mendodoikan anak dgan zikir. Alhamdulillah anak buah saya berhenti menangis dan kami pun tertidur.


Keesokan paginya kakak saya menceritakan apa yang terjadi ketika anak buah saya menangis. Setibanya di dapur untuk membuatkan anaknya susu, kakak saya meletakkan anaknya di atas kabinet dapur dan kedudukan anak buah saya ketika itu berhadapan dengan bilik adik lelaki saya. Kakak saya membelakangkan bilik adik lelaki saya dan ketika meletakkan anak buah di atas kabinet dapur, tiba-tiba anak buah saye menutup mukanya sambil menangis dan berkata bahawa dia rasa takut! Kakak saya tak sedap hati. Dia rasa meremang dan seperti ada yang memerhatikannya. Sesudah menyiapkan susu, kakak saya mendukung anaknya dan ketika mahu pusing, dia ternampak di dalam bilik adik lelaki saya, sedang berdiri di depan pintu ada makhluk berlumpur tinggi! Tingginya setinggi pintu bilik, kainnya kotor dan baunya busuk teramat sangat, rambutnya panjang sampai ke lantai.  


Kakak saya tak berani memandang atau mendongak ke atas untuk melihat makhluk itu. Dia terus menundukkan pandangannya dan berlari sekuat hati menuju ke bilik. Saya terus memaklumkan hal itu kepada ibu dan abah kerana mereka orangnya pandai berubat. Alhamdulillah ada ilmu sedikit tapi menggunakan ayat-ayat suci Al-Qur'an dan abah menghalau mahluk itu. Alhamdulillah makhluk itu dapat dibuang. Ibu pula berkata kepada saye sebenarnya makhluk itu mengikuti saya kerana dua tiga hari lepas, saya ada pergi ke satu tempat di sebuah kawasan seperti taman tasik. Saya telah menegur di salah satu pohon yang berada di situ dan berkata, "Cantiknya pokok ni, akarnya berjalur..."


Mungkin kerana itu benda itu mengikuti saya. Saya pula balik lewat ketika itu sekitar jam 11 malam. Sebenarnya gangguan itu sudah terjadi seblum kakak saya terkena kerana ibu ada mendapat petanda dan dia mendengar bunyi orang menangis di dalam bilik saya, cuma dia tidak pasti bilik adik lelaki saya atau bilik saya. Bunyinya seperti seorang perempuan menangis teresak-esak. Kejadian itu berlaku pada sekitar jam 3 atau 4 pagi, kebetulan ibu mahu ke tandas. Ibu ada juga bertanya pada saya samada saya menangis ke pada semalamnya, saya katakan tidak kerana pada waktu itu saya sudahpun tidur. Sehinggalah ia menampakkan dirinya, baru kami betul-betul sedar tentang kehadiran perempuan berlumpur di dalam bilik adik lelaki saya.


Terima kasih kerana ketengahkan kisah saya. Assalammu'alaikum dan selamat malam...

144 views0 comments

Recent Posts

See All

Komentáře

Hodnoceno 0 z 5 hvězdiček.
Zatím žádné hodnocení

Přidejte hodnocení
bottom of page