top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Ternampak Kelibat Hitam Sewaktu Mandi

Assalamualaikum KC,


Nama saya Mohamad Azli atau boleh panggil saya Ali. Saya berumur 18 tahun. Saya berasal dari Changkat Jering, Taiping, Perak, Malaysia. Saya mahu ceritakan tentang ternampak kelibat hitam lalu semasa mandi. Ia berlaku pada tahun 2017 semasa cuti sekolah akhir tahun. Ketika itu saya bercuti di rumah nenek saya di Selama, Perak. Saya jenis suka mandi lewat. Selalu saya mandi jam 8 malam selepas solat Maghrib. Saya tidaklah selalu mandi lewat sangat, kadang-kandang saya mandi jam 6.50 petang.


Ceritanya begini. Saya memang suka basuh baju dahulu barulah mandi. Lampu dalam bilik air masa itu rosak, jadi saya buka pintu sedikit agar cahaya lampu di luar bilik air masuk ke dalam. Luar bilik air itu merupakan ruang tempat sidai pakaian atau boleh dijadikan stor, sebab banyak sangat barang di luar bilik air itu. Ketika itu saya membebel dalam hati, "Waktu begini pula lampu rosak..." Lampu di luar tidak seterang seperti lampu dalam bilik air itu. Lampu di luar cahayanya berwarna oren. Kalau lampu dalam bilik air, cahayanya berwarna putih lampu.


Seperti yang saya terangkan tadi, saya pun mandi selepas basuh baju. Waktu itu dah nak masuk waktu Isyak. Ketika saya sedang mandi, tiba-tiba saya terasa meremang bulu roma. Lepas itu saya kata dalam hati lagi, "Kenapa tiba-tiba terasa meremang ni?" Jadi saya pun malas hendak berfikir yang bukan-bukan lalu saya pun teruskan mandi. Dalam beberapa saat, tiba-tiba saya ternampak kelibat hitam lalu di luar bilik air!


Kelibat hitam itu lalu di luar bilik air dan saya boleh ternampak kerana tidak tutup rapat sangat pintu bilik air itu. Saya terus cepat-cepat mandi. Selepas saya mandi saya keluar dari bilik air, tengok kiri dan kanan sudah tidak ada kelibat hitam itu lagi. Saya pun beritahu nenek yang saya nampak kelibat hitam itu. Nenek pula memarahi saya, "Hah mandi lewat lagi! Kan benda tu dah keluar!" Selepas peristiwa itu berlaku, saya tidak lagi mandi lewat, tepat 6.50 petang saya pun bergegas ke bilik air untuk mandi kerana saya tidak mahu nampak kelibat hitam itu buat kali yang kedua.


Terima kasih kerana mengetengahkan cerita saya.

Assalamualaikum dan selamat tengah malam...

153 views0 comments

Recent Posts

See All

댓글

별점 5점 중 0점을 주었습니다.
등록된 평점 없음

평점 추가
bottom of page