top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Teman Yang Boleh Melihat Perkara Ghaib



Assalamu'alaikum KC,


Ini cerita kawan saya yang bernama Onn yang menyuruh saya berkongsi bersama KC dan pendengar dan penonton Malam Seram. Saya dah ikut KC lebih kurang 3 tahun semenjak MJ12 lagi. Apa yang saya nak ceritakan di sini adalah kisah benar yang diceritakan oleh Onn. Percaya atau tidak terpulang pada andaian dan kepercayaan anda.


Onn mempunyai seorang teman bernama Arman. Dia ada keistimewaan tersendiri iaitu matanya boleh melihat benda yang kita tak boleh nampak. Lagi senang kalau saya kategorikan dia sebagai orang yang hijabnya telah dibuka oleh Allah SWT. Tak perlulah saya cerita macamana saya tahu dia ada kebolehan itu. Tapi cukup saya katakan memang dia tak mahu bercerita. Penat saya mendesak, akhirnya dia bagitahu juga. Katanya dia ada kebolehan ini dari kecil lagi Antara pengalaman yang dia ingat dan kongsikan begini ceritanya.


Mengikut apa yang disampaikan oleh ayah dan ibunya, memang sejak bayi lagi dia kuat menangis. Selepas itu matanya asyik terbeliak dan melilau melihat sekeliling. Biasalah budak-budak kecil orang kebanyakan suka bercakap kena tegurlah apalah. Ia tidaklah menjadi sesuatu yang terlalu pelik pada orang tuanya. Sampailah usianya besar sedikit dalam lingkungan 3 atau 4 tahun dia sudah boleh berfikir.


Katanya pada masa itu dia selalu nampak macam-macam benda pelik dalam rumahnya, bermacam bentuk rupa. Ada yang besar, kecil, panjang, pendek, bulat dan biasanya dia memang takut dan akan menangis bila ternampak tapi tak sekerap atau setiap masa dia akan nampak semua itu. Benda ini boleh dikatakan menjadi sesuatu perkara yang tetap.


Bila dia berumur dalam lingkungan remaja, Arman bekerja di kilang. Kalau bekerja syif malam, boleh dikatakan ada sahaja yang dia nampak dan kacau hidupnya. Sampai ada satu masa Arman mengalami tekanan perasaan. Bayangkan kalau diri kita dapat melihat hantu secara empat mata, apa rasanya? Bayangkan pengalaman Arman yang dapat melihat setiap masa.


Contohnya, pada satu malam, di tempat tugasnya tidak ramai yang bekerja pada malam itu. Jadi waktu rehat mengikut giliran. Ketika itu hanya Arman dan dua orang teman sekerja yang sedang bertugas. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Tiba-tiba katanya dia ternampak di belakang salah seorang teman sekerjanya terpacak satu lembaga berambut panjang dan perkaian lusuh, berdiri tegak belakang sambil lidahnya terjelir panjang menjilat kepala temannya itu. Muka temannya penuh dengan air liur makhluk itu.


Arman menggigil satu badan. Nak keluar suara pun tak mampu. Nak dikuatkan jugak hatinya nak bagitahu temannya tetapi dirasakan macam tidak patut dan tak mungkin dia percaya, jadi dia diamkan diri. Benda itu macam terperasan yang Arman boleh nampak kehadirannya, terus tenung Arman dan terus ghaib. Berpeluh si Arman melihat kejadian itu. Yang peliknya, setiap kali jadi perkara seperti itu, dia cuba menidakkan dan anggap ia cuma khayalan. Walaumacamanapun perkara seperti itu tak pernah putus berlaku...


Terima kasih dan Selamat Malam Seram...

145 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page