top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Televisyen Hidup Dengan Sendirinya!

Assalammualaikum KC,


Panggil saja saya dengan nama Syaf. Saya tinggal di Ampang, Selangor. Saya mempunyai dua orang adik. Saya yang sulung, yang nombor dua lelaki dan yang bongsu perempuan. Saya lebih rapat dengan adik lelaki saya berbanding dengan yang bongsu kerana dia suka mengadu kepada mak dan ayah. Saya dan adik lelaki saya memang nakal sedikit. Jadi kami akan melakukan perkara yang membuatkan mak dan ayah kami marah.


Mak dan ayah berniaga bersama. Mereka mempunyai sebuah gerai menjual makanan dan minuman. Hendak dijadikan cerita, saya dan adik-adik saya sedang menghadapi peperiksaan penggal satu ketika itu. Selalunya, kami akan ikut mak dan ayah berniaga sekali tetapi pada tika itu, kami harus tinggal di rumah sahaja untuk mengulangkaji peperiksaan pada keesokan harinya. Selalunya sekiranya kami perlu tinggal bertiga di rumah, kami akan melalukan rutin seperti biasa seperti menonton televisyen, membaca buku, bermain dengan telefon bimbit. Namun sesuatu terjadi membuatkan bulu roma saya meremang.


Untuk pengetahuan umum, saya tinggal di rumah flat tingkat sepuluh. Pada malam itu saya sedang mengulangkaji pelajaran untuk persediaan peperiksaan. Adik perempuan saya sudah berada di alam mimpi. Adik lelaki saya pula sedang bermain permainan menerusi telefon bimbitnya. Kami bertiga memang berada di ruang tamu. Kami akan tidur di ruang tamu sambil menantikan kepulangan mak dan ayah.


Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Saya masih dengan buku-buku saya. Saya bertanya pada adik lelaki saya samada dia hendak tidur atau tidak? Dia menjawab, "Nanti-nanti je lah, Kak..." Saya pun malas nak layan dan sambung belajar, tidak menghiraukan adik lelaki saya. Selesai sahaja adik lelaki saya bermain permainannya, dia bangun dan menuju ke dapur. Dalam hati saya mungkin dia hendak minum air. Apabila dia berpatah balik untuk duduk di sofa kembali, tiba-tiba televisyen rumah kami dihidupkan dengan sendirinya!


Saya berasa hairan pada mulanya. Saya memandang adik lelaki saya dan adik saya memandang saya kembali. Keadaan menjadi sunyi pada ketika itu. Saya mencari alat kawalan jauh televisyen. Saya pada mulanya ingatkan adik perempuan saya terhimpit alat kawalan jauh televisyen itu tapi saya ternampak ia berada di sofa satu lagi yang memang tak ada sesiapapun yang duduk di situ. Terletak elok saja apabila saya tengok.


Apa yang terpampang di kaca televisyen tiada siaran. Meremang bulu roma saya. Rasa terkejut dibuatnya kerana keadaan rumah sunyi mungkin sebab kami tidak berbual antara satu sama lain. Adik lelaki saya mengambil alat kawalan jauh televisyen itu dan mematikan kembali televisyen itu. Daripada dia hendak sambung semula permainannya, terus dia tidur di sebelah adik perempuan saya. Saya sempat berkata dan sindir padanya, "Aik tadi kata tak nak tidur?" Dia membalas yang dia sudah mengantuk. Saya pun apa lagi, kemas-kemas barang saya dan terus tidur.


Itu sahaja kisah dari saya. Maaf jika tidak seram buat pembaca blog Malam Seram. Terima kasih!

120 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page