Salam KC,
Saya hendak ceritakan kisah yang terjadi kepada sepupu rapat saya. Dia menetap di Segar Road di kawasan Bukit Panjang, Singapura. Dia beli rumah ini pada tahun 2005. Sewaktu hendak membeli rumah ini, pemilik lamanya seorang warga Cina, seperti terburu-buru hendak menjualnya. Alasan yang diberikan kepada sepupu saya adalah, dia telah membeli rumah lain dan tak sanggup untuk tanggung perbelanjaan pembayaran untuk dua rumah.
Yang hairannya dia menawarkan sepupu saya wang tunai lima ribu dolar. Bila sepupu saya menolak, dia menaikkan tawarannya kepada sepuluh ribu dolar. Memandangkan tawaran itu agak lumayan, sepupu saya akhirnya menerimanya. Yang peliknya, setiap bilik dalam rumah itu ada cangkuk besi di setiap sudut di setiap bilik. Kami sudah pun cuba untuk mengeluarkan tetapi tidak berjaya. Saya pun bergurau dengan sepupu saya, "Ni mungkin persediaan untuk orang bunuh diri kot?" Dipendekkan cerita, seawal minggu kedua, bermacam kejadian seram berlaku tetapi saya tak akan kongsikan di sini. Saya cuma hendak berkongsikan kejadian yang saya rasa seram dan meremang bulu roma.
Suami sepupu saya baru bertukar pekerjaan jadi syarikat barunya memberi telefon bimbit baru untuk kegunaan sewaktu bertugas. Sepupu saya dah pun catitkan nombor baru suaminya ke dalam telefon bimbitnya. Satu malam pada pukul 8 malam, dia dan suami berada di dalam bilik tidur mereka. Anak perempuan mereka ada di bilik sebelah. Tiba-tiba, telefon bimbit sepupu saya berdering. Skrin telefon menunjukkan “Hubby New HP”. Sepupu saya bertanya kepada suaminya, “Eh! Yang awak telefon saya buat apa?”
Suami dia kehairanan lalu berkata, “Eh, taklah. Yang I pegang ni telefon bimbit lama. Yang baru ada di atas meja luar!” Sepupu saya terus memicit fungsi "NO" di skrin dan mencampakkan telefon bimbitnya di atas tilam. Tiba-tiba kedengaran bunyi kuat datang dari arah ruang tamu rumah. Bunyi kunci terjatuh seperti ada orang yang menghempaskannya ke lantai sebab bunyi dia kuat sangat. Anak perempuan mereka lantas keluar dari bilik sebelah dan masuk ke dalam biliknya lalu bertanya, “Ma… Bunyi apa tu? Kuatnya!”
Mereka keluar dari bilik tidur sepupu saya dan ternampak telefon bimbit suaminya berada di ada atas meja makan yang berdekatan dengan pintu utama dan kunci rumah berada di atas lantai. Kunci itu tidaklah banyak sangat, hanya empat buah kunci dalam satu gugus. Tapi bunyi dihempas yang mereka dengar seperti orang sedang mengamuk. Bulu roma mereka memang jangan cakaplah, sedang meremang ketika itu. Suami sepupu saya terus mengangkat kunci dan telefon bimbit lalu masuk ke dalam bilik.
Kemudian anak perempuan mereka bertanya, “Ma… Kenapa telefon bimbit tiba-tiba petik gambar dengan sendiri? Syirah tak tekan pun! Dua gambar dipetik dengan sendirinya!” Lagi sekali berderau hati sepupu saya bila mendengar! Persoalannya sekarang, siapa yang telah menghubungi sepupu saya sebentar tadi?
Rumah sepupu saya memang terjadi bermacam-macam kejadian. Dah dipanggil pakar untuk pantau dan bersihkan. Mereka berkata di dalam keliling rumah sepupu saya memang banyak benda-benda dan entiti-entiti ghaib. Walaupun telah dipagar, namun gangguan tetap ada. Suaminya pernah dicekik tatkala sedang bermain permainan video di telefon bimbit pada waktu malam dan tidak boleh bergerak. Inilah kejadian pertama sebelum disusuli yang lain.
Sepupu saya pernah mandi pada sebelah pagi dan bernyanyi di dalam bilik air. Bila dia berhenti menyanyi, seperti ada orang yang menyambung nyanyian tapi hanya sekadar kedengaran bunyi melodi lagu saja. Seram kan? Dengan tanpa seurat benang pun, dia berlari keluar dari bilik air dengan sabun masih di badan, lari masuk ke dalam bilik lalu mengejutkan suaminya yang sedang tidur.
Gangguan di dalam rumah itu terlalu banyak sampaikan sepupu saya dan suaminya dah naik lali. Nak jual tak boleh sebab dianggap penjualan negatif. Hendak tak hendak terpaksa tinggal di situ juga. Kalau pergi ke rumah itu memang seram. Macam redup saja. Dari lif hendak jalan ke arah rumahnya pun saya seram. Baca punya baca walaupun pada siang hari. Mungkin juga bekas pemilik rumah itu juga pernah mengalami perkara yang sama, sebab itu terburu-buru hendak menjual dan menawarkan wang tunai lagi.
Sekian kisah saya. Terima Kasih dan Selamat Malam Seram!!!
Saya ni peminat baru KC. Baru je nak dengar sebab PENAKUT. Da dengar mcm best…tapi lepas tu takut! Ni type ni pon bulu roma da berdiri walaupon type dalam office yg terang benderang!!!
Nora
Comments