top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Siapa Nenek Berkurung Biru Menjelma Di Ruang Pintu?

Salam KC,


Nama saya Hussin, seorang pekerja hantar makanan McDonald's. Satu malam sekitar jam 1.15 pagi, saya ditugaskan menghantar makanan di kawasan Jalan Selanting. Mungkin orang Singapura sendiri tidak tahu atau tidak pernah dengar nama jalan ini kerana ia terletak di kawasan perumahan privet di Bukit Timah. Kawasan ini memang terkenal dengan rumah-rumah mewah dan didiami oleh kebanyakannya orang-orang asing.


Jadi saya tidak fikir apa-apa kerana saya jenis yang tidak suka fikir yang bukan-bukan, lagipun dah lapan bulan saya bertugas menghantar makanan, semuanya Alhamdulillah tidak ada apa-apa masalah. Bila saya sampai di salah sebuah rumah teres di kawasan Jalan Selanting ini, saya pun hubungi pelanggan kerana kadangkala mereka tidak suka kita tekan loceng pintu, kerana takut terkejutkan anjing peliharaan mereka yang sedang tidur.


Bila saya tembusi talian, yang menjawab panggilan saya hanya berkata "Ermm..." sahaja, bermaksud dia tahu saya ada di luar sedang menunggu. Selepas lima minit menunggu, tidak ada sesiapa pun yang keluar dari rumah untuk sambut makanan yang dihantar. Baru sahaja saya hendak hubungi sekali lagi, tiba-tiba ada seorang nenek yang memakai baju kurung berwarna biru dan boleh bertutur bahasa dalam bahasa Melayu, menjelma di pintu masuk dan menyuruh saya meletak makanan di luar pagar besi.


Nenek itu berkata dalam nada suara perlahan dan terketar-ketar, "Letak saja di luar pagar Cu... Nanti Nenek ambil..." Jarak antara saya dengannya hanya dalam sekitar 30 meter kerana saya di luar pagar dan nenek itu berada di ruang pintu masuk. Saya pun tidak terfikir apa-apa yang aneh dan terus letak makanan di luar pagar kerana pelanggan yang memesan makanan telah pun membayar menerusi kad kredit. Setelah meletakkan makanan seperti yang diarahkan, saya pun beredar pergi.


Dalam perjalanan pulang alih-alih saya terfikir, "Ehh tadi aku hantar makanan tu, nama pelanggannya Mary McGuire (nama samaran), tapi kenapa pula nenek yang berbangsa Melayu yang sambut? Mungkin kenalannya yang berkunjung agaknya..." Bila sampai semula di restoran tempat saya bertugas, pengurus saya bertanya dengan nada marah, "Hei Hussin! Pelanggan baru hubungi, dia tanya makanannya mana? Tak sampai lagi..."


Saya pun memberitahu perkara yang sebenarnya sampai pengurus sendiri menyuruh saya jelaskan sendiri kepada pelanggan. Dia jadi hairan dengan penjelasan saya kerana katanya yang tinggal di situ cuma dia dan suami berdua sahaja. Terus saya suruh dia periksa samada ada tak makanan di luar pagar besai seperti yang telah saya tinggalkan pada awalnya. Dengan telefon masih di telinga, dia bergegas keluar untuk melihat dan ternyata makanan itu masih ada di luar pintu pagar.


Saya pun tidak mahu menakutkannya dengan memberi alasan, saya hanya letak di luar kerana terasa sakit perut yang teramat sangat. Saya meminta maaf dan dimaafkan oleh pelanggan. Jadi siapakah gerangan nenek yang memakai baju kurung biru itu?


Sekian terima kasih...



225 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page