top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Setelah Bermain "Spirit of the Coin"...

Assalamualaikum KC dan rakan-rakan di luar sana yang membaca kisah saya ini.


Terima kasih kerana berkongsi pengalaman saya. Nama saya Jamal (bukan nama sebenar) berasal dari Selangor. Kejadian yang menyeramkan ini berlaku pada diri saya pada tahun 2015 semasa saya berada di sebuah kolej di Kedah. Saya tidak boleh beritahu nama kolej tersebut untuk mengelakkan para pelajar yang menuntut di sana takut.


Seperti biasa pelajar-pelahar akan ditempatkan di asrama, setiap bilik menempatkan dua orang pelajar. Bilik saya terletak di hujung blok dan sebelahnya merupakan hutan belantara. Rakan sebilik saya berasal dari Kedah, jadi setiap hujung minggu dia akan pulang ke rumahnya dan tinggallah saya seorang diri di bilik asrama. Seringkali saya akan mengajak rakan-rakan yang tidak pulang ke rumah pada hujung minggu untuk tidur di bilik saya kerana bilik saya agak besar dibandingkan bilik di blok sebelah. Kami akan berborak-borak, membuat kerja-kerja sekolah dan paling seronok sekali menonton cerita-cerita seram.


Pada satu malam, kawan saya Farid datang ke bilik dan mengajak saya untuk menonton sebuah filem yang bertajuk “Spirit of the Coin”. Saya pun menonton filem tersebut dengannya serta kawan-kawan yang lain. Filemnya tidaklah berapa seram. Kejadian yang menyeramkan berlaku selepas apa yang bakal kami lakukan. Farid mengajak kami untuk bermain permainan tersebut. Dua orang lagi kawan saya bersetuju. Saya pun turut menyertai mereka tanpa berfikir panjang.


Farid terus melakar tulisan pada sekeping kertas seperti lakaran yang ditunjukkan di dalam filem tersebut dan duit syiling 50 sen digunakan. Kami semua meletakkan jari telunjuk pada syiling tersebut. Kami mula bertanyakan soalan seperti dalam filem tersebut. Farid mula bertanya “Ada tak roh yang berkeliaran dalam bilik ni? Kalau ada, gerakkan duit syiling ini...” kata Farid. Selepas beberapa minit, tiada apa yang berlaku dan kami mula bosan. Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Salah sorang rakan saya berkata, “Mungkin kita kena cabar hantu tu macam dalam cerita tadi...” Maksud rakan saya kita perlu bertanya dengan lebih tegas ataupun mencabar hantu itu untuk keluar.


Farid pun mencuba lagi, “Kalau ada roh yang berkeliaran di sini, kalau berani tunjukkanlah diri kau...” dengan nada marah. Kami semua terdiam buat seketika dan tunggu untuk sesuatu berlaku. Pada mulanya kami terdengar bunyi orang sedang berlari di koridor luar bilik. Kami semua terpaku. Tiba-tiba tuala yang saya sangkut berhampiran pintu bilik jatuh dengan sendirinya. Kami semua pun menjerit ketakutan dan membelakangkan diri. Dalam masa itu jugalah pengawal keselamatan mengetuk tingkap kami dan berkata, “Buat apa bising-bising ni? Dah tidur semua!” Kami semua kelam-kabut terus simpan semua barang dan baring di atas katil, terlupa tentang kejadian yang berlaku tadi dan terus tertidur hingga ke pagi.


Pada keesokan harinya, kami berkumpul kerana rakan saya hendak beritahu sesuatu katanya. Kami pun berkumpul dan bertanya, ”Apa yang kau nak bagitahu?” tanya saya pada rakan saya. Dia beritahu yang semalam semasa dia balik dari bilik saya, terdetik di fikirannya macamana pengawal keselamatan boleh ketuk tingkap bilik saya? Bulu roma kami masa itu meremang dan kami semua menyesal kerana bermain permain tersebut.


Gangguan tidak habis di situ sahaja. Beberapa hari selepas itu, sedang saya baring di atas katil dan hendak lelapkan mata, tiba-tiba kedengaran bunyi perempuan menangis di sudut almari saya. Keadaan masa itu gelap dan saya memberanikan diri untuk hidupkan lampu. Saya terus menghidupkan lampu tetapi tidak nampak apa-apa. Satu lagi gangguan yang berlaku pada rakan sebilik saya yang semasa itu sedang membuat kerja, tiba-tiba lampu bilik termati dengan sendiri dan pintu diketuk-ketuk. Rakan saya menceritakan perkara ini kepada saya pada keesokan paginya.


Keadaan semakin teruk apabila kami diganggu semasa tidur. Selimut kami ditarik-tarik dan rakan sebilik saya ditindih. Pada sebelah malam boleh kedengaran suara kanak-kanak bergelak ketawa seperti sedang bermain-main. Yang paling seram, apabila saya terbangun dari tidur dalam jam 3 pagi, ternampak benda itu bertenggek di atas almari dengan rambut panjang memerhatikan kami yang sedang tidur. Saya terus mengalihkan pandangan dan membaca surah2 yang saya tahu sampailah tertidur.


Rakan sebilik saya bingung, kenapa banyak gangguan yang berlaku padahal sebelum ini tidak ada apa-apa. Jadi saya dan rakan-rakan yang lain menceritakan semuanya kepadanya. Selepas itu, kami meminta tolong seorang ustaz di kolej kami untuk membersihkan bilik kami dari gangguan. Ustaz itu beritahu yang banyak ‘benda’ yang duduk di dalam bilik kami. Kami telah mencabar benda itu dan seolah-olah mengajak mereka untuk datang. Sekali satu keluarga yang datang!


Agak sukar bagi ustaz untuk halau mereka keluar kerana mereka sudah mula suka dengan bilik kami kerana bilik kami yang bersepah dan kami juga jarang mendirikan solat dan mengaji. Bilik kami diazan dan dipagar oleh ustaz supaya tiada lagi gangguan. Ustaz juga beritahu kami untuk menjaga solat dan selalu mengaji untuk menghalang mereka dari masuk. Alhamdulillah, selepas itu tiada lagi gangguan yang berlaku.


Sekian. Terima kasih!

794 views1 comment

Recent Posts

See All

1 Kommentar

Mit 0 von 5 Sternen bewertet.
Noch keine Ratings

Rating hinzufügen
Mellyn Eb
Mellyn Eb
13. Jan. 2022

BOLA PELANGI - BANDAR MIX PARLAY TERBESAR DI INDONESIA HANYA DENGAN 1 USER ID SUDAH BISA BERMAIN SEMUA GAME. Join US ! klik link di bawah ini ☟ ☛ <a href="http://bolapelangilounge.com/"> Prediksi Parlay Jitu </a> ☛ <a href="http://148.72.213.253/"> Mix Parlay </a> ☛ <a href="http://148.72.213.253/"> Bola Jalan </a> ☛ <a href="http://148.72.214.11/"> Bola Online </a> Untuk Info Dan Bonus Menariknya Bisa Hubungi Kami Di Bawah Ini : WHATSAPP 1 : +6282143134681 WHATSAPP 2 : +6281333472723 Ayo buruann , mana tau kamu menjadi jutawan setelah bergabung dengan kami .. ♛ Group FB Prediksi Parlay Dan Bola Jalan = https://www.facebook.com/groups/markasprediksiparlay/ ♛ Instagram = https://www.instagram.com/bolapelangi_01/ ♛ Pinterest = https://id.pinterest.com/Pelangiball/a

Gefällt mir
bottom of page