top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Sesuatu Menyerupai Saya Di Dapur

Assalamualaikum KC,


Saya Qystyna dan saya ingin kongsikan pengalaman pendek yang pernah terjadi di rumah saya yang saya diami dengan keluarga saya sekarang. Saya merupakan anak paling bongsu dan perwatakan saya boleh tahan degil dan nakal. Saya seringkali mengusik ibu saya walau di mana saja kami berada, tidak kira di rumah mahupun apabila kami keluar bersama. Pernah sekali saya menyorok dalam bilik ibu saya dan tunggu dia masuk lalu saya menyergah atau menjerit untuk menakut-nakutkan ibu saya.


Satu hari, ibu saya berada di dapur dan waktu pada ketika itu sekitar dalam pukul 8 lebih malam kalau tidak silap saya. Sebelum ini saya memang akan pergi ke dapur dalam keadaan senyap lalu berdiri di belakang ibu saya, jadi apabila dia pusing, akan terkejut melihat kehadiran saya berada di belakangnya. Perkara ini dah terjadi sebanyak dua atau tiga kali saya menakutkan atau terperanjatkan ibu saya.


Pada malam itu saya duduk di dalam bilik seperti biasa dan bermain dengan telefon bimbit. Abah saya berada di ruang tamu sambil menonton televisyen, ibu saya berada di dapur sambil menyiapkan makanan untuk santapan makan malam, dan kakak saya pula di dalam bilik tidurnya. Kerana terlalu penat pada malam itu, saya tidak melakukan sebarang kerja seharian saya seperti mengemas rumah atau melipat kain baju.


Malam itu kakak saya masuk ke dalam bilik saya dan memberitahu saya yang ibu terkena gangguan. Dengan rasa terperanjat bercampur hairan, saya pun pergi ke dapur dan bertanya pada ibu saya apa yang terjadi sambil menarik kerusi di meja makan untuk duduk. Mula-mula ibu saya terdiam, namun setelah saya bertanya berulang kali, ibu berkata, “Tadi Ibu ternampak Adik duduk di belakang. Bila toleh, tiada orang pun!“ Saya hanya mampu tergelak saja.


Sempat saya mengusik ibu dan bertanya kenapa duduk di dapur seorang diri? Ibu hanya menyuruh saya menemaninya. Hanya beberapa hari kemudian, Ibu berkata sewaktu dia sedang menyiapkan makanan untuk makan malam, sebenarnya dari hujung matanya dia melihat kelibat saya berdiri di hujung dapur di mana saya sering berdiri untuk membuat dia terperanjat. Dia memang buat tak endah sebab tahu mungkin itu saya hendak cuba menakal dan membuatnya terperanjat.


Apabila Ibu sedang mencuci tangan di sinki, beliau ternampak lagi kelibat saya seperti sedang duduk di belakang sepertimana saya duduk ketika berada di dapur tempohari dan berbual dengannya. Namun apabila Ibu menoleh ke belakang untuk menyapa saya, kelibat saya sudah tiada! Persoalannya siapakah atau apakah yang telah menyerupai saya dan ingin menakut-nakutkan ibu saya? Mulai dari hari itu, saya seperti dah serik untuk melakukan perkara seperti menakut-nakutkan Ibu saya lagi.


Itu saja kisahnya. Terima kasih kerana mengetengahkan kisah saya...

200 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page