top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Saka Pocong Nenek!

Assalamualaikum KC,

Nama saya Zaff. Saya berasal dari Kajang, Selangor. Saya ingin berkongsi satu cerita yang agak seram berlaku pada diri saya sendiri. Kisah ini berlaku pada tahun 2011. Saya tinggal bersama tiga orang sahabat.


Pada satu malam, seorang teman serumah iaitu Amir, balik ke rumah keluarganya dan seorang lagi, Tarmizi bekerja sebagai pramugara dan berada di luar negara. Bilik saya merupakan bilik tidur utama dan saya tidur sebilik dengan seorang lagi sahabat bernama Amran. Unit kondominium saya mempunyai tiga bilik.


Ketika saya sedang lena tidur, saya tiba-tiba terjaga kerana berasa meremang satu badan. Untuk pengetahuan semua, katil saya adalah katil jenis "queen bed" yang dirapatkan pada dinding dan Amran tidur sebelah dinding, manakala saya tidur di sebelah dan menhgadap tingkap bilik. Ada jarak lantai tiga kaki antara katil dan tingkap. Rumah saya di tingkat sebelas. Ketika saya berasa meremang, saya terjaga dalam keadaan saya tidur berbantalkan lengan dan muka menghadap ke arah tingkap. Sedang saya rasa meremang, ketika itu juga saya terjaga dan membuka mata.


Alangkah terkejutnya saya! Walaupun bilik saya gelap, tapi cahaya bulan menerangi kegelapan bilik, saya dapat melihat sebujur tubuh yang tingginya paras ketinggian tingkap bilik saya yang seakan-akan mahkluk berbungkus iaitu pocong! Ketika saya memandang ke arah mahkluk tersebut, saya dapat melihat mahkluk tersebut memandang ke arah saya tepat dengan matanya yang terbeliak. Secara automatik badan saya tak boleh bergerak.


Biasanya kita dengar cerita hantu dari orang lain, kalau terserempak dengan mahkluk halus, badan kita terkuncilah, tak boleh geraklah, bacaan ayat suci berterabur. Memang betul! Tak ingat langsung ayat yang hendak dibaca. Seluruh badan tidak boleh digerakkan. Saya hendak menjerit pun tidak boleh. Dalam masa beberapa saat, saya pandang ke arah pocong tersebut, dan saya terus pejamkan mata. Selepas itu saya paksa tangan kanan saya untuk memanggil Amran yang sedang tidur di belakang saya. Saya memanggil-manggil namanya beberapa kali.


Nasib baik Amran jenis tidak tidur mati. Pocong tersebut lenyap ketika Amran terjaga dan bertanya kenapa. Lalu saya memintanya untuk menukar tempat tidur dengan saya dan saya hendak tidur sebelah dinding. Amran ada bertanya berulang kali kenapa kejutkan dia. "Mimpi buruk ke?" Dia bertanya. Saya jawab esok lah saya cerita sebab saya mengantuk sangat. Sebelum tidur semula dalam keadaan berpeluh dan tidak tenteram, saya tengok jam di telefon bimbit saya menunjukkan pukul 4 pagi.


Pagi itu dalam pukul 8, saya dan Amran bersarapan di rumah sebelum kami keluar bekerja. Ketika itu Amran bertanyakan tentang hal semasa kami tidur dan saya kejutkan dia dalam keadaan gelisah dan ketakutan. Saya baru teringat sebabnya, saya ingatkan saya bermimpi. Terus saya ceritakan kepada Amran dari mula saya terjaga sampailah saya tukar tempat tidur dengannya. Untuk menyedapkan hati, saya menjerit dan memaki hamun pocong itu. Saya berkata kepada Amran mungkin kondominium ini memang banyak mahkluk halus kerana banyak maksiat dilakukan oleh kebanyakan penghuni di sini.


Seminggu selepas kejadian tu, saya dan Amran sedang menonton televisyen sambil menunggu Amir pulang bekerja untuk keluar bersama makan malam. Sedang menonton, saya menerima panggilan dari kakak saya dan dia mengatakan agar saya pulang ke rumah keluarga saya pada keesokan hari kerana ada ustaz hendak datang untuk buang saka pocong nenek. Saya pada mulanya tidak perasan apa yang kakak perkatakan dan saya bertanya, "Saka pocong nenek? Oh okay tengoklah kalau free aku balik..."


Selepas saya letak telefon, Amran terus bertanya siapa yang menelefon. Saya jawab kakak dan saya ceritakan apa yang kakak cakap. Amran terus dengan nada terkejut, "Weh, pocong yang muncul depan kau minggu lepas tu....?" Amran tidak menyambung ayatnya. Terus saya menjerit, "Ya Allah!". Lalu saya hubungi semula kakak dan ceritakan tentang kemunculan pocong di rumah saya. Kakak saya terus berkata, "Itulah saka nenek! Pocong tu memang tengah cari cucu-cucu nenek untuk jadikan tuan! Dia dah datang dalam mimpi Elan (adik lelaki saya) dan mimpi aku jugak! Baik kau balik rumah esok dan ceritakan sekali pada ustaz yang nak pasung pocong tu..."


Saya hanya balas, "Ok!" tapi keesokannya saya tidak pulang pun sebab saya takut! Tapi saya ada hantar mesej menerusi aplikasi Whatsapp kepada adik saya untuk berkongsi gambar pocong itu. Adik saya menghantar gambar itu, di mana pocong itu telah dipasung dalam botol Redbull yang sudah dikosongkan. Gambarnya masih ada pada saya namun tidak akan dikongsi atas sebab-sebab peribadi.


Itu sahaja pengalaman seram saya. Terima kasih dan selamat tengah malam!

825 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page