top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Saka Peliharaan Teman Sekolah...



Assalammu'alaikum dan selamat tengah malam KC dan pembaca blog Malam Seram,

Saya hanya ingin dikenali sebagai "Triple A". Saya ingin menceritakan sebuah kisah tentang kawan saya yang mempunyai SAKA. Saya hanya akan namakan dirinya sebagai Firah, bukan nama sebenarnya.

Pada semester 2 di Politeknik Kota Kinabalu, sedang kami makan di kafe Politeknik, Firah berkata secara tiba-tiba, "Aku nak sangat nampak benda tu..." Benda yang dimaksudkan ialah benda halus atau nama lain yang umum ketahui adalah "Hantu". Selepas sahaja balik dari kafe, Firah berkata, "Triple A, tolong letakkan minyak kat bahu aku, sakit betul lah..." Saya sangkakan itu hanya sakit biasa, rupanya bukan! Di bahu itu lah terletaknya saka yang diberikan arwah neneknya untuk menjaga cucu sulungnya. Kami tak melihat makhluk itu pada malam itu namun dapat rasakan keseraman kerana bulu roma kami semua berdiri tegak pada malam itu, seolah-olah dapat merasakan kehadirannya berdekatan dengan kami.

Selepas peristiwa itu, kami mempunyai acara di dewan politeknik pada satu malam. Tetapi saya tak duduk lama di acara itu. Saya minta kebenaran guru untuk balik ke bilik, kerana risaukan keadaan Firah yang ketika itu sudah menunjukkan tanda-tanda keresahan sewaktu acara tersebut. Dalam perjalanan pulang ke bilik kami, Firah berkata, "Aku tak mahu balik ke bilik, DIA ada di sana..." "Dia" yang dimaksudkan adalah SAKA pemberian arwah neneknya. Kami akhirnya mengambil keputusan untuk lepak dan tidur di bilik teman yang lain pada malam itu. Nasib kami tidak diganggu.

Dalam peristiwa yang lain, Firah tidur di bilik saya dan ada seorang lagi kawan (Rita - bukan nama sebenar). Kami bertiga merupakan teman akrab. Dalam bilik kami, almari baju menghadap betul-betul depan katil. Pada malam itu, sekitar tengah malam, saya tiba-tiba terbangun dan ternampak BENDA HITAM BESAR sedang melihat kami yang tidur menghadap almari. Saya ingat saya seorang sahaja yang perasan, tapi keesokan harinya, Rita pun menceritakan bahawa dia juga ada rasa seperti ada yang sedang melihat kami tidur, tetapi tidak tahu samada ia SAKA kepunyaan Firah atau makhluk yang menyinggah ke dalam bilik.

Terima Kasih dan Selamat Tengah Malam!

158 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
bottom of page