top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Saka Belaan Atok

Assalamualaikum KC,


Boleh saja panggil saya dengan panggilan Sha. Ini cerita tentang Atok saya yang sudah berumur 90 tahun dan sudah agak uzur. Ada beberapa orang yang telah mengatakan bahawa Atok saya ada membela saka yang mungkin akan diturunkan kepada salah seorang dari kami dalam keluarga. Kami tinggal di sebuah rumah satu bilik dan satu ruang tamu di daerah barat Singapura.


Untuk memberi gambaran kepada semua, bilik Atok dengan tandas bercantum, seperti bilik tidur utama di kebanyakan rumah. Hanya perlu membuka pintu saja. Pada mulanya saya tidak percaya kata-kata beberapa orang tentangnya kerana Atok paling rapat dengan saya dari kecil lagi sehingga sekarang. Hinggalah pada satu malam saya dan kawan saya sedang berbual-bual di dapur dan tempat yang kami duduk menghadap pintu yang bercantum dengan bilik Atok.


Atok sering terjaga kalau ternampak lampu terang dan malam itu waktu sedang duduk berbual dengan kawan perempuan saya, tiba-tiba terdengar bunyi tongkat Atok jadi saya kelam-kabut matikan lampu dapur jadi Atok tidak akan keluar ke ruang tamu. Tak pernah sebelum itu Atok hendak keluar dari bilik tidurnya melalui pintu tersebut, namun pada hari itu dia membuka pintu itu sedikit dan menghendap kami.


Bulu roma saya secara automatik meremang dengan secara tiba-tiba kerana Atok saya sudah lima hari tidak bangun dari katil dan baru saya tukar lampin dia dua jam sebelum itu. Atok saya seolah-olah berjalan seperti orang yang tidak sakit. Saya terkejut kerana Atok saya mengambil waktu yang lama untuk berjalan kerana sudah uzur tetapi pada malam itu, dalam keadaan yang gelap, saya ternampak Atok berjalan dengan tongkatnya persis pelesit dan bentuk badannya kelihatan seperti seorang yang sentiasa ke gim, bidang dan sasa, walhal pada hakikatnya, Atok saya terlalu kurus!


Laju sangat dia berjalan di dalam biliknya. Yang pelik, dia tidak keluar ke ruang tamu. Dia hanya berjalan-jalan di dalam biliknya sahaja. Sejak kejadian itu saya sering kelihatan seperti ada bayang-bayang hitam mengekori saya dari bahagian tepi mata. Itu saja kisah saya dan hingga kini saya tidak tahu kenapa saya yang nampak bayang itu semua.


Terima kasih KC!

365 views1 comment

Recent Posts

See All

1件のコメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
Mellyn Eb
Mellyn Eb
2022年1月13日

BOLA PELANGI - BANDAR MIX PARLAY TERBESAR DI INDONESIA HANYA DENGAN 1 USER ID SUDAH BISA BERMAIN SEMUA GAME. Join US ! klik link di bawah ini ☟ ☛ <a href="http://bolapelangilounge.com/"> Prediksi Parlay Jitu </a> ☛ <a href="http://148.72.213.253/"> Mix Parlay </a> ☛ <a href="http://148.72.213.253/"> Bola Jalan </a> ☛ <a href="http://148.72.214.11/"> Bola Online </a> Untuk Info Dan Bonus Menariknya Bisa Hubungi Kami Di Bawah Ini : WHATSAPP 1 : +6282143134681 WHATSAPP 2 : +6281333472723 Ayo buruann , mana tau kamu menjadi jutawan setelah bergabung dengan kami .. ♛ Group FB Prediksi Parlay Dan Bola Jalan = https://www.facebook.com/groups/markasprediksiparlay/ ♛ Instagram = https://www.instagram.com/bolapelangi_01/ ♛ Pinterest = https://id.pinterest.com/Pelangiball/a

いいね!
bottom of page