top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Refleksi Raut Muka Hanya Separuh!

Assalamualaikum KC,


Panggil saya Ash. Di sini saya ingin ceritakan satu kisah tentang pengalaman saya mengikuti satu pertandingan di Johor. Pertandingan ini berlangsung selama tiga hari dua malam. Hari pertama kami sampai di hotel, kelihatan tempat penginapan sementara kami sangat cantik. Pemandangan di sekelilingnya sangat menarik minat kami satu kumpulan.


Cerita ini berlaku setelah dua hari kami menginap di sana, ketika kami ingin pergi makan malam sekitar jam 9 malam. Kami tidak terfikir apa-apapun pada masa itu disebabkan kami ramai dalam lif ketika hendak turun ke bawah. Tiba-tiba pintu lif terbuka di tingkat satu. Setahu kami tidak ada sesiapa yang tekan langsung butang lif tingkat satu. Bila pintu lif terbuka, keadaan di tingkat satu kelihatan sangat gelap!


Beberapa saat kemudian, terasa satu hembusan angin yang kuat lalu di hadapan kami. Kami kelam-kabut tekan butang pintu lif agar ia tutup dengan cepat. Sampai di bawah kami semua senyap seperti tidak ada apa-apa yang baru berlaku. Selesai membeli makanan, kami terpaksa menaiki lif yang sama. Syukur Alhamdulillah kali ini kami tidak tersangkut di tingkat satu lagi.


Sampai di bilik kami diberitahu bahawa rupanya salah seorang teman wanita kami telah mengalami gangguan histeria. Bila kami sampai di biliknya, kami rasakan hembusan angin yang sama kami rasakan ketika berada di dalam lif dan ia berhenti di tingkat satu. Saya lihat teman wanita kami itu sedang terbaring dan tidur. Kami semua ambil keputusan untuk berada di dalam biliknya untuk menjaganya sepanjang malam. Kami duduk di depan tandas.


Entah macamana, tiba-tiba paip hujan dalam bilik air terbuka dengan sendirinya seperti ada orang yang sedang mandi di dalam. Kami semua terdiam dan terkedu. Setahu kami tidak ada sesiapa yang masuk ke dalam bilik air sebab kami duduk betul-betul di depan pintu bilik air. Salah seorang dari kami terus menegur dan mengatakan dengan nada marah, "Dia buat hal lagi..." Tidak lama kemudian kedengaran paip hujan itu berhenti dengan sendirinya.


Apabila kami buka pintu tandas tersebut, kelihatan helaian rambut bersepah di lantai bahagian paip hujan itu berada. Kawan saya bertanya pada saya, "Wei kau nak tengok tak benda pelik?" Saya bertanya balik, "Tengok apa? Kau ni... Jangan macam-macam!" Dia lantas membawa saya ke depan pintu lungsur yang berada di dalam bilik hotel itu menghadap balkoni.


Dia dirikan saya di tengah pembahagi cermin pintu itu. Alangkah terperanjatnya saya bila saya terpandang cermin pintu itu dan saya lihat refleksi raut muka saya hanya sebelah saja! Lagi sebelah kosong! Mata dan mulut tidak ada, hanya kelihatan bentuk muka sahaja! Badan saya mula menggeletar sebab ini pertama kali saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Terus saya bergegas masuk ke bilik saya sendiri dengan perasaan yang berkecamuk dan seram. Mujur tiada gangguan lain yang menyusul pada malam itu kerana sebelum tidur saya membaca surah-surah suci.


Itu sahaja pengalaman saya... Terima kasih!

260 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page