(UNTUK DENGAR MUZIK LATAR SAMBIL MEMBACA TAP "LISTEN IN BROWSER")
Assalammualaikum....KC. Saya peminat kc semenjak kc berkhidmat dengan ria lagi sehinggalah kc beralih ke youtube.
Usia saya 60 tahun dan saya dikenali sebagai N (sila rahsiakan) tapi tak dapat gunakan emailnya sebab lupa password, Terpaksa set akaun baru. Maklumlah dah tua.
Sejak kecil saya amat berminat dengan alam mistik dan misteri dan telah bertemu dengan pelbagai bomoh dan dukun.
Ketika era 80an belum lagi terdapat ustaz2 yang merawat pesakit2. Kalau ada pun hanya segelintir saja. Dan harga yang dikenakan melambung tinggi. Ada ustaz yang top mengenakan cas 5000 RM, flight 1st class dan hotel 5 bintang. Kami tidak mampu untuk mendapatkan khidmat ustaz top tersebut. Yang kami mampu adalah tukang ubat yang boleh menerima puluhan ringgit sahaja sebagai upah kerja mereka.
Saya mempunyai 1000 1 pengalaman dengan cerita2 mistik cuma saya tidak gemar untuk menjadi dukun walaupun ditawarkan oleh dukun2 yang mengenali saya.
Matlamat saya cuma 1; ia itu membantu membawa pesakit2 yang menghadapi masaalah berubat dan membantu tukang ubat mencari nafkah seharian.
Saya pernah sediakan kenderaan untuk membawa pesakit2 pergi berubat dan semuanya FOC dan saya juga membelanja mereka makan sebaik selepas berubat. Dan pastinya saya mengetahui kes kes mereka yang berubat yang perlu dirahsiakan.
Kisah saya bukan tentang pesakit2 tersebut tetapi tentang salah satu kes rawatan terhadap ibu saya yang disihir sehingga beliau meninggal dalam keadaan yang amat menyedihkan sekali. Yang tinggal pada batang tubuh ibu saya hanyalah kulit yang menyaluti tulangnya sahaja. Begitulah kejamnya manusia. Dibuat orangnya merana selama lebih 2 tahun sebelum membunuhnya. Allah sahaja yang dapat membalas perbuatan manusia tersebut.
Pelbagai usaha kami lakukan termasuk menggunakan khidmat ustaz, bomoh orang asli dan mendapatkan khidmat bomoh dari thailand dan indonesia sehingga kami berhabisan puluhan ribu ringgit. Namun tiada rezeki sehingga bertemu jodohnya dengan seorang haji dan akhirnya ibu saya meninggal dunia.
Tolong rahsiakan details saya kerana saya tidak mahu dianggap mengungkit ungit kisah lama dari pesakit pesakit yang pernah saya bantu atau kaum keluarga saya sendiri.
Saya berasal dari Batu Pahat dan sekarang menetap di Segamat, Johor. Jarak antara Batu Pahat ke Segamat adalah lebih kurang 160 km. Diharap dapat dimulakan dengan dialog dibawah untuk mendapatkan rasa seram.
Inilah pengalaman saya yang menggunakan khidmat bomoh melayu islam yang mengamalkan perubatan ala Thai. Beliau mengubati ibu saya di Batu Pahat dari Segamat.
________________________________________________________________________
Dukun: Tangkap tangkap!!!
Saya: Tangkap apa tok?
Dukun: Aku bukan bercakap dengan kau!
Saya: Habis sape?
Dukun: Orang aku la.
Ibu saya dikampung di daerah Batu Pahat telah mendapat satu gangguan sihir yang berulang ulang. Hari itu sekali lagi badan beliau merekot kembali seperti seekor kambing dan tidak sedarkan diri. Saya sekali lagi berjumpa dengan dukun di taman perumahan rumah saya.
Atas nasihat dukun ibu saya didudukan diatas kerusi.
Sebelum itu semangkuk beras telah disediakan dan adik saya menunggu panggilan dari saya di Segamat sebelum membaling beras tersebut ke tubuh ibu saya.
Saya: Apa dalam bungkusan tu tok?
Dukun: Tengok je.
Bila bungkusan dibuka.
Saya terperanjat besar dan dalam hati saya berkata - astafirullahazim!!
Ternyata dalam bungkusan tersebut adalah patung buddha yang biasa kita lihat yang berperut boncit tetapi berwarna hitam.
Lalu dinyalakan oleh dukun tersebut tiga batang colok dan diletakkan bersebelahan patung tersebut.
Diambilnya sebiji telur mentah lalu diletakan di atas telur tersebut sebatang lilin yang telah dinyalakan.
Telur tersebut diletakan di atas piring.
Dukun: Pegang!!, pegang!!
Hairannya telur yang terpasang lilin yang telah dinyalakan berdiri tegak di atas piring cawan yang licin.
Dukun: Dia ni bos besar jin jin tersebut. Aku mintak khidmat dia membantu aku. Jin jin tu tak boleh lari lagi. Sekarang panggil adik kau dan suruh dia balingkan beras tu pada mak kau.
Saya terus memanggil adik saya di Batu Pahat dan menyuruh beliau membaling bersa tersebut.
Serta merta Dukun tersebut berkata seperti dialog di atas.
Saya masih bersama adik saya di talian dan terdengar jeritan beramai ramai dihujung talian.
Saya: Apa hal?!
Adik saya: Lepas dibalingkan beras kami dengar ramai orang berlari lari atas siling hinggakan siling rumah melendut ke bawah tapi tak pecah pulak. Kami ketakutan lalu menjerit.
Dukun tersebut sepertinya menangkap sesuatu di udara beberapa kali lalu dipaksa masuk ke dalam telur yang berdiri tersebut.
Dipadamkan lilin dan ditanggalkan dari telur tersebut lalu beliau terus berdiri sambil memegang telur tersebut.
Dukun: Kau tunggu di sini, aku nak buang telur ini dalam sungai.
Berakhirnya gangguan untuk hari itu tapi malangnya ia tidak berakhir di situ saja kerana ibu saya terus menerus disihir sehingga beliau meninggal dunia.
Ini adalah perkongsian saya tentang salah satu rawatan yang telah dilalui oleh arwah ibu saya. Semuga beliau tenang di sana setelah diazab sihir selama lebih dua tahun. Aamiin.
Assalammualaikum......kc dan malam serammmmmm...
Comments