top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

PERANGAI PELIK DAN ANEH NENEK



Hi KC.


Saya pendengar baru la. Harap dapat dengar lagi live stream yg seterusnya dan harap kc bacakan sharing saya ni boleh panggil saya Mary.


Sebelum nenek saya terlantar atas katil akibat hentakan yg kuat pada tulang belakang dan menyebabkan dia alami sakit pinggang amat sangat, dia baik2 sahaja.. dapat jalan macam biasa walaupun ada bongkok sikit. Tapi setelah dia mengalami sakit pinggang tersebut, dia terpaksa terlantar atas tilamnya untuk sekurang-kurangnya seminggu.. dan saya dapat lihat kelakuan2 aneh pada beliau..


Beberapa situasi yg dia ceritakan pada saya. Yg pertama, dia nampak ada anak kucing dan anak burung berada dalam biliknya tapi apabila saya memerhatikan sekeliling, tidak ada. Selain itu, dia kata tadi dia mengupas kulit udang di dalam biliknya dalam posisi terbaring dan tiba2 ia hilang. Dia fikir saya yang mengambil kulit2 udang itu untuk dibawa ke dapur. Tapi cuba fikir, dia tak dapat berjalan dan masih terlantar atas katil.. Yg paling dasyat, dia kata dia nampak kelibat seorang remaja wanita, rambut hitam ikal panjang, memakai gaun merah sedang memerhatinya dengan senyuman dekat tangga.(bilik nenek tak berdinding jadi dapat lihat bahagian ruang tamu dan tangga untuk naik ke atas)


Saya tak tau la apa yg sedang terjadi.. boleh minta pendapat pendengar yg lain tak? Sekarang ni dia tidur dengan lampu berdekatan pintu depan terbuka.


Terima kasih kc.


Yang benar,

Pendengar setia Malam Seram.

612 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page