top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Pengalaman Di Sekolah Menengah (Bahagian Keempat & Terakhir)

(Kisah bersambung dari bahagian ketiga semalam...)


Malam pertama Ustaz Najmuddin duduk di bilik itu dah terkena gangguan. Tidak perlu tunggu waktu malam, paginya dah terkena. Kejadian berlaku apabila dia selesai solat sunat Tahajjud. Masa itu pagi Isnin dan jam menunjukan pukul 4:30 pagi. Waktu Subuh memang lambat iaitu jam 5:15 pagi. Dia memang merancang hendak kejut pelajar-pelajar di dorm kami pada pukul 5:00 pagi nantinya.


Sedang dia membaca kitab suci Al-Qur'an, dia terdengar ada orang mengetuk pintu biliknya. Dia berhenti mengaji dan tengok ke arah pintu. Pejabat sekolah kami terbahagi pada dua bahagian. Ruang hadapan seperti pejabat yang lain, ada kaunter, ada bilik guru, ada juga ruang mesyuarat dan sebagainya. Ruang belakang itulah bilik warden. Pada asalnya, bilik itu merupakan kelas tetapi pihak sekolah dah tukarkan kelas di tingkat dua. Jadi bilik itu jadi bilik warden sahaja. Memang nyaman sebab ada penghawa dingin. Antara salah satu sebab kami suka lepak di sana.


Ruang depan dan belakang hanya diasingkan dengan pintu kaca dan semua dinding itu pun berkaca, jadi memang boleh nampaklah ruang depan walaupun gelap. Jadi kali pertama memang ustaz tidak nampak ada apa-apa pun. Rasa pelik sebab dia dah kunci pun pintu utama, macamana boleh ada orang masuk? Warden pun buat tak endah dan sambung mengaji.


Jam menunjukkan pukul 4:48 pagi. Lagi dua belas minit dia hendak pergi kejut kami. Sekali lagi dia terdengar bunyi sesuatu, tapi kali ini bukan ketukan, tapi hentakan yang sangat kuat. Lalu dengan segera dia menoleh ke hadapan. Alangkah terkejutnya bila benda yang mengetuk itu merupakan pocong! Mukanya hitam dan warden cakap lagi, memang benda itu tidak boleh masuk pun biliknya sebab dia sedang membaca kitab suci Al-Qur'an. Namun memang dia rasa takut sangat dan cuma mampu berselawat supaya tidak diganggu oleh makhluk berkenaan. Mendengar cerita warden ini saja saya dah mula naik takut.


Warden memberitahu lagi, kadang-kadang di koridor pejabat itu, hampir setiap malam juga dia terdengar bunyi orang lompat-lompat, bunyi hentakan pada penghadang besi dan yang lebih menyeramkan lagi, bunyi cakaran dan bunyi merengek pun ada juga. Cuma dia tidak endahkan sebab benda itu tidak boleh masuk. Warden dah pagarkan tempat itu. Sebab itulah dia selalu berpesan, kalau boleh, nak naik ke bilik asrama jangan selepas jam 10 malam atau pada waktu Maghrib sebab benda ini memang akan datang mengganggu.


Ustaz cakap lagi, kalau boleh, sebelum sampai di tingkat pejabatnya, bacalah Ayat Kursi dan surah-surah "Tiga Qul" sebab benda ini akan menunggu mangsa yang melalui kawasannya iaitu koridor pejabat tersebut. Salah seorang kawan saya pernah terkena, dia cakap dia ada nampak kelibat pocong mundar-mandir di kawasan situ, dan apa yang lagi menyeramkan, pocong itu boleh pula perasan kawan saya yang ternampaknya. Apalagi, kawan saya berlari buka langkah seribu naik ke bilik asrama.


Benda itu ikut mengejar tetapi nasiblah pintu asrama belum dikunci lagi sebab dia naik dah lebih jam 10 malam dah. Sejak dari tu, dia tidak berani keluar asrama kalau dah malam sebab takut dengan kelibat misteri itu lagi. Dengar cerita warden saja memang dah seram sangat tapi kita juga perlu perkuatkan iman sebab benda ini hanya mengganggu orang yang lemah semangat. Yang kuat iman ia tidak akan ganggu.


Sekian terima kasih kerana sudi ketengahkan pengalaman saya...



203 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page