top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Penampakan Makhluk Di Luar Kereta

Selamat Malam Seram buat semua!


Kejadian ini berlaku dalam perjalanan dari kampung saya di Kampung Baru Pasir Gogok ke kawasan Felda sekitar pukul 8:30 malam pada satu hari Khamis, malam Jumaat. Kebiasaannya, kami sekeluarga akan ke pasar malam setelah selesai menonton drama perdana di televisyen. Dalam perjalanan kami, suasananya terasa sunyi, tidak seperti biasa. Kami pula tidak tahu apa yang hendak diperbualkan sewaktu dalam perjalanan.


Sewaktu kami hampir sampai ke simpang yang hendak dituju, adik perempuan saya memetik gambar dengan menggunakan telefon bimbitnya. Selepas memetik gambar terus dia simpan telefon bimbitnya di dalam poket seluarnya. Tergerak di hati saya hendak tengok gambar tadi, saya pun memberitahu adik akan hasrat saya.


Pada mulanya memang tidak perasan, tiba-tiba saya terpandang satu gambar seperti ada sosok tubuh seorang perempuan memakai mahkota tetapi waktu itu kereta sedang bergerak. Saya cuba bertanya pada atok saya yang pandai ubatkan orang. Dia memberitahu itu adalah seorang puteri tetapi wajahnya tidak nampak. Saya lalu teringat semula kisah ibu memberitahu dahulu semasa saya kecil, ada orang dari alam lain hendak membawa sa


ya pergi tetapi nasib ayah sempat jumpa saya jadi ia tidak dapat membawa saya lari. Waktu itu usia saya lima tahun. Atok beritahu, makhluk tu sebenarnya datang untuk melawat dan melhat saya.


Di sini saya lampirkan gambar yang dimaksudkan. Mohon kiranya usah dikongsi atau ditularkan.



Sekian terima kasih!

304 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page