top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Nombor Plat Motor Menang Nombor Ekor

Assalamu'alaikum KC,


Saya Zul dari Sibu Sarawak. Kisah ini terjadi sekitar tahun 2013 ketika saya menyambung pelajaran di Melaka. Ketika itu saya bekerja sambilan di sebuah pusat membeli-belah di Melaka. Saya pernah mendengar daripada kenalan saya bahawa jika berlaku kemalangan jalan raya, orang yang bermain nombor ekor akan dengan segera membeli nombor ekor plat kenderaan yang terlibat. Dikatakan perkara ini berhasil. Saya tidak bermain nombor ekor, namun hal ini terjadi kepada saya. Saya menunggang motosikal pada jam 9 pagi, ketika saya dalam perjalanan menuju ke tempat kerja. Keadaan laluan jalan raya pada pagi itu begitu sesak. Saya sebagai penunggang motor seperti biasa akan menyusup masuk di celah-celah kereta untuk mempercepatkan perjalanan saya. Ketika saya melihat ruang di hadapan sudah agak luas untuk saya ke hadapan, tiba-tiba kereta di sebelah kiri membelok untuk melakukan pusingan U ke kanan. Lalu saya terpelanting ke lorong bertentangan! Alhamdulillah kereta dari lorong sebelah masih agak jauh dan saya sempat berpeluang untuk mengalihkan motor dan memeriksa badan saya. Abang yang melanggar saya pada awal tadi keluar dari kereta dan berkata, "Dik, tak nampak isyarat kah?" Saya berkata dalam hati dengan perasaan agak marah, "Sini lebuhraya, mana boleh buat pusingan U?!" Namun saya tidak berkata apa-apa kepadanya, saya terus menyambung perjalanan dengan motor yang sedikit rosak dan kaki saya calar-balar. Saya merasa agak kesal kerana kemalangan itu membuatkan komputer riba yang saya bawa di dalam bag galas retak. Hari itu agak malang buat saya. Pagi keesokan hari, selepas memperbaiki motor, saya pergi ke tempat kerja dengan lebih berhati-hati seperti biasa. Sampai di tempat parkir motor, tiba-tiba pakcik pengawal keselamatan datang menghampiri saya dan menegur, "Dik, nombor plat motor kamu keluar semalam! Menang nombor dua!" Lalu pakcik itu berlalu pergi. Saya tergamam, kerana saya menyangka perkara ini hanya khabar angin yang tidak benar. Saya ingin berpesan kepada para pembaca blog Malam Seram sekelian supaya jangan mempercayai perkara seperti ini dan jangan bermain dengan nombor ekor. Sebelum memulakan perjalanan mulakanlah dengan membaca basmallah. Semoga semua selamat sepanjang perjalanan kerana malang tidak berbau.

Begitulah kisah yang pernah saya alami. Terima Kasih dan Selamat Malam Seram!

542 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page