top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Misteri Tidur Sewaktu Senja...

Assalammu'alaikum, Saya Fahmi dari Johor Bahru ingin menceritakan kisah yang berlaku pada diri saya semasa saya masih belajar di Kolej. Kejadian tersebut berlaku pada tahun 2013 dan pada masa itu saya masih berumur 19 tahun. Pada ketika itu asrama pelajar-pelajar kolej yang lelaki ditempatkan di Apartment Bukit Saujana Johor Bahru. Pada masa itu biasalah kelas kami ada yang mula pagi sampai petang, ada yang mula petang sampai malam dan pada masa itu saya ada kelas pada waktu pagi sampai ke petang. Kami pelajar-pelajar lelaki ini biasalah pulang kelas sahaja terus mengantuk dan tidur tidak kira waktu sebab kepenatan. Untuk dijadikan cerita, pada masa kejadian tersebut, saya pulang kelas pada jam 5.00 petang, sebaik sahaja sampai rumah jam menunjukkan waktu 5.45 petang. Saya pun apa lagi terus letak beg, ambil bantal dan baring untuk rehatkan badan dan terus tertidur kerana kepenatan. Semasa saya tidur saya terjaga kerana kepanasan dan terdengar suara rakan-rakan saya yang berada di ruang tamu sedang berbual-bual. Saya pun apa lagi, ambil bantal, pergi ke ruang tamu dan baring di atas lantai kerana kepanasan.


Semasa saya baring di ruang tamu untuk sambung tidur, saya memalingkan pandangan saya membelakangi rakan-rakan saya yang sedang berbual maknanya saya tidur dengan mengiring ke arah pintu rumah, manakala rakan-rakan saya semasa itu duduk di ruang menonton televisyen di hadapan pintu balkoni rumah kami. Pada ketika itu saya terdengar mereka bercakap yang mereka hendak keluar pergi makan, dalam masa yang sama saya pun terasa lapar. Niat di hati ini nak ikut mereka sekali. Kemudian saya terdengar mereka pun sudah mahu keluar pergi makan. Maka saya pun menoleh ke arah mereka untuk memberitahu bahawa saya hendak ikut sama. Sebelum saya toleh, saya berkata, "Weh tunggu aku nak ikut..." dan saya pun menoleh ke arah mereka. Nak tahu tak selepas saya toleh, tak ada orang pun di belakang saya. Maka yang berbual-bual dari tadi itu siapa? Saya pun tergamam kerana saya yakin saya dengar dengan jelas suara rakan-rakan saya tadi tapi mana mereka semua? Untuk menyedapkan hati, saya pun cari mereka dalam setiap bilik rumah kami tapi memang tiada seorang pun di dalam. Saya pun menelefon seorang rakan saya, namanya Joe dan bertanya mereka semua di mana? Dia kata mereka semua telah keluar pergi tengok wayang dari awal petang dan terlupa nak beritahu saya. Selepas saja saya meletak telefon, saya memandang ke arah jam. Ia tepat menunjukkan pukul 7.15 malam...


Itu sahaja pengalaman misteri saya. Terima kasih...

221 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
bottom of page