top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Menuntut Ilmu Kebatinan

Assalamualaikum dan Selamat Malam Seram!


Saya Azeem Sintaro dari Pulau Pinang, Malaysia. Sewaktu saya di sekolah lagi memang teringin hendak belajar ilmu ghaib dan kebatinan. Namun sekarang saya mencari ilmu mengenal Sang Maha Pencipta.


Tahun 2017 saya pernah ikuti jemaah "Perguruan L******** S****" di mana gurunya berasal dari Perak. Nama samarannya saya beri singkatan "R. A." Guru berkenaan ada membuat sesi membuka hijab di Gunung Jerai. Ada lagi keilmuan lain yang saya dapat. Ada khas untuk perubatan dan ada juga ilmu khas untuk bertempur. Sekiranya saya memilih perubatan, saya kena tetap dengan perubatan. Tidak boleh ubah. Sebelum berjumpa, jemaah mesti berpuasa hanya makan nasi putih dan tidak boleh bercampur dengan makanan yang berdarah atau bernyawa selama tiga hari dan tiga malam. Selepas menunaikan solat fardhu, kena amalkan zikir-zikir tertentu.


Pada malam itu kami berjumpa di bawah Gunung Jerai seramai tiga belas orang. Semua sudah berumur dan saya yang termuda. Yang lain semua berumur lingkaran 30 hingga 40 tahun. Saya seorang yang berusia 21 tahun. Yang ingin dibuka hijab sepuluh orang, dan baki tiga orang merupakan guru.


Bila sampai di kawasan Batu Kapal, atas sedikit dari Telaga Tok Sheikh, Guru memberitahu kami supaya mula membaca surah-surah tertentu. Kemudian dia datang mencalit minyak kasturi hitam di jari kelengking kanan dan kiri, bersambung pula disapu di kening, bawah hidung dan cuping telinga. Tiga pancaindera utama kami terbuka. Justeru itu, kami disuruh duduk seorang diri, menghamparkan sejadah duduk dan berzikir.


Setelah sekian lama saya berzikir apabila saya membuka mata, saya perasan sekeliling saya bercahaya! Saya rasa terkejut pun ada, terkesima pun ada. Maklumlah pada realitinya keadaan memang gelap, namun yang saya nampak bercahaya. Saya menutup mata semula. Saya buka mata sebab rasa takut juga kalau tiba-tiba apa yang berada di depan mata boleh membuat saya pengsan. Seraya itu, saya terbatuk banyak kali. Nak tahu sebab apa saya batuk? Sebab tercium bau baju makhluk yang berada betul-betul di belakang saya! Saya dapat melihat kainnya seperti berdebu, badannya besar dan ketinggiannya boleh dikatakan mencecah dua meter lebih. Nasib baik mukanya tidak boleh nampak. Saya duduk situ sampai habis sesi itu.


Usai sesi tersebut, semua berkumpul berramai-ramai. Setiap orang Tuan Guru akan bertanya samada kami ok atau tidak? Dan yang penting, apa yang kami nampak? Ada berkata nampak nenek kebayan jalan atas air. Antara kami sepuluh orang, hanya satu yang berserah diri kerana ternampak harimau hahaha... Yang lain semua boleh tahan berani juga. Setelah itu, kami mandi di Telaga Tok Syeikh ambil ijazah keilmuan dari Tuan Guru. Kami hanya turun semula ke bawah setelah tiba waktu Subuh.


Itu saja kisah saya, sekadar berkongsi cerita. Bab-bab benda macam ini saya ada banyak cerita dan bukan untuk bermegah. Sebenarnya benda macam ini kita jangan takut. Apabila kita takut, "dia" akan lebih berani. "Dia" masuk alam kita dia tak ada kuasa. Sebab itu bila kita nampak kita kelip mata saja, mesti "Dia" akan ghaib sebab "Dia" pun takut dengan manusia.


Terima kasih...

1,253 views1 comment

Recent Posts

See All

1 Comment

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
idhammohammad157
Feb 24, 2021

Penceritaan macam babi sial pukimak mak kau ijau puki busuk bau bangkai biawak kepala lancau lah kau

Like
bottom of page