top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Muzium Peperangan Di Batu Maung

Kiriman emel dari Ahmad Zapin (bukan nama sebenar)

Asal Malaysia



Saya memang gemar pada sejarah.

Bila tiba di Penang memang saya tak sabar nak pergi ke Muzium Peperangan. Waktu menunjukkan jam lima setengah petang. Orang tua kata mulut jangan cabul bila pergi ketampay-tempat seperti ini mulut kena jaga.

Tetapi sebagai manusia yangg serba lemah, dengan perasaan yg terlampau teruja,akhirnya saya lupa tentang nasihat orang tua.


Mulalah, apa saja barang atau tempat mana saja saya nampak saya akan mempelbagaikan lakon semula ( re-enactment) dengan mengikut Naluri saya.

Walaupun saya rasa seram sejuk dan sedar dengan akan kelakuan saya, tetapi saya tetap teruskan dengan persaan teruja. Dalam sedar tak sedar , atau kekeliruan , sedangkan saya faham jika saya berkelakuan demikian akan mengganggu 'ketenteraman' sekitar alam.



Sehinggakan isteri saya menegur " Why are you reacting so strange, please stop it" itu yang saya ingat. KC dan para peminat Malam Seram, kami berdua berjalan sehingga sampai ke satu tempat terowong kecil.

Terowong kecil ini dibina semula waktu jepun menyerang melaya dahulu dan berjaya menakluki pasukan british di Batu Maung Penang.


Terowong ini khas untuk askar jepun bersembunyi jika diserang. Saya nak masuk waktu itu memang tidak ada sesiapa pin disana.


Terowong ini sangat kecil serta tidak begitu terang dan ia sesuai untuk masuk satu persatu sahaja. Saya mengajak isteri untuk masuk tapi dia tetap berdegil dan tidak ingin masuk ke dalam terowong seram ini dan akhirnya saya masuk seorang diri. Ia bermula dengan kawasan yang gelap dan kemudian dalam 50 meter ada cahaya lampu merah.Untuk pengetahuan yang membaca cahaya lampu itu tidak menerangi seluruh terowong itu. Di penghujung terowong yang sangat gelap ini saya terkena "Gangguan". Ketika berada di lorong terowong yang gelap ini, saya rasa macam ada kehadiran seseorang di depan saya dan saya terhenti.



Niat di hati nak baca bismillah dan sebelom sempat saya baca , telinga kiri saya seperti ada orang menjentik sebanyak dua kali. Selepas saya rasa telinga saya sepeti ada orang jentik Saya nekad dan terus membaca bismillah lalu saya terus jalan bersahaja. Bila akhirnya saya berada diluar saya dapat rasakan telinga saya seperti berbahang.


Tiba sahaja di hotel saya terus bersihkan badan saya lalu menunaikan solat fadhu dan berdoa supaya tidak ada apa-apa berlaku terhadap saya. Ini kerana sewaktu kena jentik memang telinga saya rasa panas.


Alhamdullillah tiada apa-apa yang terjadi pada isteri saya dan saya.


Satu peringatan, dunia ini bukan kita sahaja yang menghuni.

Renung-renungkan.


[Tonton Malam Seram di Youtube Chanel KC Champion secara LIVE atau uploads]


631 views1 comment

Recent Posts

See All

1 Comment

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
SILENCERS 17
SILENCERS 17
Mar 05, 2020

Dirumah saya ini

Like
bottom of page