top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Makhluk Terbang di Kawasan Gunung Pulai, Johor!

Assalamualaikum DJ KC,


Saya Intan dari Kulai, Johor. Saya ingin mengirimkan pengalaman saya tentang sebuah jalan di Gunung Pulai yang terletak di kawasan Pontian, Johor. Kisah ini terjadi pada tahun 2015. Pada hari itu saya ibu dan adik-adik pulang ke kampung di Pontian. Kami sekeluarga pulang ke kampung pada waktu pagi dan pulang ke Kulai pada waktu petang. Kami terpaksa pulang awal ke Kulai kerana pada hari esoknya saya dan ibu bekerja. Nenek saya melarang untuk bertolak pulang kerana sedang azan Maghrib. Tapi disebabkan ingin cepat sampai ke Kulai sebelum waktu malam, kami melalui jalan di kawasan Gunung Pulai yang gelap dan sunyi. Kami bertolak pulang pada waktu Maghrib.


Pada waktu itu saya yang memandu kerana adik lelaki saya keletihan untuk memandu. Sampai di satu selekoh di jalan Gunung Pulai itu, saya ternampak satu cahaya putih agak besar di sisi cermin kereta bahagian sebelah pemandu. Saya ingatkan lori besar berada di belakang saya sebab jalan di kawsan Gunung Pulai selalu ada lori menghantar batu ke kuari. Saya pun memandu seperti biasa. Tiba-tiba ada satu susuk tubuh seperti seorang perempuan berkain putih dan panjang terbang di sisi cermin tingkap saya dan terus melekat di papan tanda berwarna kuning di hadapan!


Makhluk itu ingin menutup papan tanda di kawasan selekoh tajam. Ibu saya di belakang menyuruh saya fokus pada memandu dan jangan hiraukan makhluk yang melekat di papan tanda di hadapan. Saya bernasib baik kerana saya tidak membawa laju. Kalau saya membawa laju mungkin kenderaan saya akan masuk ke dalam gaung di selekoh tajam akibat terkejut.


Selepas melepasi selekoh tajam, saya memandu seperti biasa. Sebelum sampai terowong di hadapan, saya melihat sekali lagi makhluk yang sama terbang di atas melepasi kereta saya. Saya cuma beristighfar di dalam hati. Alhamdulilah selepas melepasi terowong di jalan di kawasan Gunung Pulai, saya dan keluarga selamat sampai rumah di Kulai. Sampai di rumah ibu saya diam tidak berkata apa-apa, mungkin masih terkejut dengan pengalaman menyeramkan tadi.


Terima kasih KC, selamat malam dan assalamualaikum dari saya Intan dari Kulai, Johor.


651 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page