top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Makhluk Halus Atau Manusia?

Assalammu'alaikum,


Saya ucapkan terima kasih kepada KC kerana sudi mengetengahkan kisah saya ini. Nama saya Shah dan kini saya berumur 30 tahun. Kisah yang ingin saya ceritakan ini sudah lama berlaku iaitu sewaktu umur saya 9 tahun. Kisah ini sebenarnya melibatkan seorang individu iaitu saudara saya sendiri. Walaubagaimanapun, sehingga kini saya masih tidak pasti samada saya melihat makhluk halus atau manusia.


Kisah ini telah berlaku pada satu malam yang ketika itu hujan turun dengan lebatnya dan kilat pula mula sabung-menyabung. Pada waktu itu, saudara saya sangat merisaukan ayam seramanya yang mungkin dalam kesejukan. Saudara saya memiliki hobi membela ayam serama dan meletakkannya dalam sebuah reban di perkarangan rumahnya. Jadi, saudara saya meminta saya untuk pergi bersamanya mengambil ayam serama di dalam reban berkenaan. Pada waktu itu, kami pergi bertiga iaitu saya, abang saudara dan juga kakak saudara.


Kami hanya bertemankan sekaki payung dan satu lampu suluh yang agak malap

sinaran cahayanya, berkemungkinan besar lampu suluh tersebut hampir kehabisan

bateri. Oleh kerana kawasan reban ayam itu agak gelap dan hanya terletak di tepian

rumah, jadi kami bertekad pergi ke reban secara perlahan-lahan. Tambahan pula, di

persekitaran kawasan reban itu terdapat takungan air yang boleh mendatangkan

musibah kepada kami bertiga. Oleh itu, kami memperlahankan langkah bagi mengelakkan

terkena air takungan tersebut.


Ketika kami menghampiri reban ayam, abang saudara saya perasan terdapat suatu tubuh muncul berdekatan rumah kami. Oleh kerana kawasan itu agak gelap dan lampu suluh pula tidak terlalu terang, jadi jelmaan itu kelihatan samar-samar untuk kami lihat. Jadi, saudara saya tidak menghiraukannya. Apabila kami tiba di reban ayam, kami melihat ayam serama itu dalam keadaan basah kuyup. Kami cuba untuk mengambil ayam tersebut, namun secara tiba-tiba abang saudara saya terperasan buat kali kedua terdapat sesuatu kelibat di depan kami, iaitu berhampiran dengan bucu rumah.


Pada masa itu, kami cuba memerhatikan benda yang dimaksudkan oleh abang saudara saya, namun kilat memancar dengan kuat dan cahaya kilat itu memancar terang sehingga menampakkan seorang perempuan berbaju putih jernih dan rambut panjangnya yang basah kuyup. Perasaan ketakutan menyelubungi sanubari kami sehingga kami berlari lintang-pukang pada ketika itu. Berderau darah saya pada waktu itu, habis merinding keseluruhan badan.


Kami seolah-olah tidak memikirkan perkara lain selain daripada menyelamatkan diri sendiri. Berbalik kepada kisah saya ini, saya sehingga kini masih ragu-ragu terhadap benda yang telah saya lihat. Perkara ini amat merunsingkan saya, iaitu samada makhluk halus atau manusia. Jika kelibat yang menjelma tersebut adalah manusia, sudah pasti dirinya tidak akan berada di situ pada waktu malam dan dalam keadaan hujan lebat. Wallahu'alam...


Yang benar,


Mohd Shah

108 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
bottom of page