top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

KUPU-KUPI MISTERI BAWA CIK PON?


(UNTUK DENGAR MUZIK LATAR SAMBIL MEMBACA TAP "LISTEN IN BROWSER")


Assalamualaikum DJ KC dan pendengar Malam Seram. Saya ada cerita seram mahu berkongsi bersama dengan DJ KC. Guna nama samaran saya, Lala. Ini berlaku kepada saya waktu saya menengah 2 dan tidak dapat melupakan. Tempat saya tinggal dahulu di Bedok South. Tempat itu memang keras. Kejadian ini berlaku waktu malam jam 10-11 malam dan saya pun baru pulang ke rumah selepas ulangkaji bersama kawan saya. Mak Bapak menelefon saya untuk makan bersama tapi kerana saya terlalu penat, saya memberitahu mereka bungkus makan kegemaran saya. Saya menonton televisyen kesorangan tiba-tiba KC, saya dengar ada orang lompat dibelakang saya dan saya toleh tapi tidak ada orang. Berlaku sekali lagi KC dan saya tidak rasa senang hati dan saya ambil selimut tutup seluruh kepala, badan saya. Selepas itu saya kedengaran kanak-kanak kecil berlari anak dan apa jadi lagi menakutkan saya. Ada suara garau yang menyeramkan kedekatan ke telinga saya. Saya sampai buka surah yasin dari telefon bimbit saya dan telefon bimbit saya casing nya ada cermin. Saya gunakan untuk tengok apa dibelakang saya dan alangkah terperanjatnya saya. Saya ternampak mahluk hantu cantik menengok saya di tingkap. Saya dalam ketakutan, saya mesej kepada Bapak tanya meraka di mana. KC cuba bayangkan saya mesej Bapak dan ada orang ketok pintu bilik suara seperti bapak saya, " Lala buka pintu. " Saya tidak jawab dan terlalu takut sangat sampai Mak Bapak baru beri salam, saya keluar dan lari kepada meraka, peluk dan nangis teresak-esak. Paling seram bila kawan mak saya menalifon mak, yang dia tangkap kupu-kupu yang paling pelik. Saya nampak pun seram saya. DJ KC kupu-kupu ada 6 kaki kan? Tapi yang ini cuma ade 4 kaki. Macam sebentuk tangan dan kaki. Amat menyeramkan. Itulah yang paling seram berlaku kepada saya kesorangan di rumah. Terima kasih dan selamat malam.

373 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page