top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

KISAH SERAM DALAM KILANG


(UNTUK DENGAR MUZIK LATAR SAMBIL MEMBACA TAP "LISTEN IN BROWSER")


Assalamualaikum KC.


Nama saya CT. Saya berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Saya ingin kongsikan kisah saya semasa saya masih bekerja di salah sebuah syarikat perindustrian atau lebih mudah disebut sebagai kilang. Kilang yang saya kerja ini merupakan kilang elektronik.

Semasa kejadian ini berlaku, saya baru bekerja di kilang tersebut kurang dari setahun. Untuk pengetahuan KC dan semua pendengar Malam Seram, department yang saya sedang bekerja pada masa itu merupakan bangunan dua tingkat serta baru saja dibuka dan saya bertugas di tingkat atas.


Di tingkat atas ini juga terdapat beberapa bahagian iaitu production line untuk bahagian pertama, changing room,production line bahagian kedua, testing cubicle dan production line bahagian ketiga. Untuk production line bahagian pertama dan kedua, kesemua line sudah dipenuhi dengan work station atau meja kerja. Dan saya bertugas di bahagian kedua.

Tetapi tidak di bahagian production line ketiga.Baru 3 atau 4 line saja yang mempunyai workstation, selebihnya adalah ruang lapang dan di hujung sekali adalah pintu untuk ke tandas. Dan itu adalah satu-satunya tandas yang ada di tingkat atas.

Hendak dijadikan cerita, pada satu hari tu, supervisor kami meminta kami untuk jalankan production line dalam dua shift iaitu shift pagi bermula 7pagi-7malam shift malam bermula 7malam-7pagi. Ini adalah kerana permintaan terhadap produk mula meningkat. Namun tidak semua production line yang bekerja 2 shift. Hanya 2 atau 3 supervisor sahaja yang perlu meminta anak buahnya bekerja 2 shift. Bahagian production line ketiga hanya bekerja shift pagi sahaja, dan ini memudahkan juga kami yang bekerja di waktu malam kerana operator lain boleh menggunakan mesin di bahagian ketiga atau kami gelarkan di line belakang jika mesin di line depan penuh. Satu malam ketika sedang bekerja, saya diminta oleh seorang rakan untuk menemaninya ke line belakang untuk menggunakan mesin. "CT, jom temankan akak ke belakang. Akak nak guna mesin. Akak takut nak pergi seorang." Saya pada ketika itu melakukan tugasan manual epoxy attach dan tugas saya tiada kaitan dengan mesin. Saya bersetuju untuk menemani kakak tersebut sambil mengambil barang-barang yang saya perlu gunakan untuk menyiapkan kerja saya. Setelah agak lama, kakak tersebut pun selesai menggunakan mesin. Dan dia mengajak saya ke line depan semula. Saya yang sudah malas untuk mengubah tempat, hanya meminta dia pulang ke depan dulu. Bila saya tinggal sendirian, saya terdengar bunyi tapak kasut orang yang sedang berjalan seolah-olah dari arah tandas dan mahu ke depan. Saya palingkan muka untuk melihat, tapi tiada siapa pun di belakang saya. Perkara ini berulang 4 ke 5 kali. Bila saya tidak endahkan, tiba-tiba bunyi meja kerja yang berada di baris belakang sebelah kiri saya hujung sekali pula berbunyi seperti orang sedang bergendang. Saya seterusnya terus cakap dengan nada yang agak kuat, "Jangan ganggu aku lah, aku nak buat kerja ni!". Saya tak tunggu lama, saya terus kemas barang dan berpindah semula ke line depan. Esoknya baru la saya cerita pada rakan-rakan kerja yang lain. Baru saya tau, bukan saya seorang saja yang diganggu. Ada seorang rakan berbangsa Cina juga pernah diganggu semasa dia cuba untuk bekerja di line belakang. Dia yang mengikat rambut bertocang dua, diganggu dengan rambutnya ditarik perlahan-lahan ke belakang. Berberapa kali diganggu, dia juga berpatah balik ke line depan. Itu saja cerita saya untuk pendengar semua. Terima kasih KC kerana bacakan email saya. Semoga KC terus success dan rancangan ini akan mendapat sambutan yang lebig hangat di masa akan datang.

Assalamualaikum dan selamat Malam Seram....

498 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page