top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Kisah Pelajar Pertukaran Di Switzerland (Bahagian Pertama)

Salam KC,


Saya Aliah, seorang pelajar pertukaran dari Malaysia yang kini berada di negara Switzerland. Saya mendengar rancangan seram kelolaan KC daripada saya di peringkat sekolah rendah lagi dan sekarang umur saya 19 tahun. Walaupun di Switzerland saya masih mendengar rancangan Malam Seram. Saya pun nak berkongsi beberapa pengalaman saya di Switzerland. Di Switzerland saya tinggal di daerah Glarus. Saya mempunyai tiga kisah yang saya ingin kongsikan bersama peminat Malam Seram. Saya akan bahagikan kepada tiga bahagian bermula dengan kisah pertama...


Kisah Pertama


Kisah pertama terjadi tidak sampai dua minggu saya di Switzerland. Saya balik rumah dari sekolah dan ketika itu musim sejuk, jadi matahari terbenam awal. Saya sampai rumah dan terlihat pintu rumah tidak terkunci dan sedikit terbuka. Saya periksa seluruh rumah tidak ada orang, keluarga yang menumpang saya semua keluar. Dah nak dekat Maghrib pun mereka masih belum pulang lagi jadi saya hidupkan lampu dan duduk menonton televisyen di ruang tamu. Tetapi pada malam itu saya rasa tidak sedap hati, rasa meremang bulu roma. Jadi saya tutup pintu ruang tamu dan teruskan menonton televisyen.


Sedang saya asyik menonton televisyen, tiba-tiba terdengar benda terjatuh kuat di bahagian besmen. Saya terkejut dan sangkakan keluarga tumpangan saya sudah pulang. Saya pun keluar dari ruang tamu dan lihat ke bawah, ke arah besmen, tetapi lampu besmen sememangnya tidak dihidupkan, jadi memang tahu tidak ada sesiapa di bawah. Bulu roma saya meremang sekali lagi kerana saya terdengar seperti ada bunyi tapak kaki dari arah besmen. Memang bunyi tapak kaki, bukan bunyi paip atau bunyi barang terjatuh.


Saya terus keluar rumah dan tunggu di luar, dengan tidak berjaket. Saya tunggu di dalam kesejukan sehinggalah salah seorang anggota keluarga tumpangan saya pulang. Bila dia sampai, dia tanya apa yang saya sedang buat di luar. Saya tidak menceritakan padanya apa sebenarnya yang terjadi sebab orang-orang Barat kebanyakannya tidak percaya pada hantu. Kalau saya ceritakan mungkin mereka akan menghantar saya ke hospital agaknya. Hehehehe...


Selesai Kisah Pertama...

215 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page