top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Kisah Misteri Dari Cik N (Kisah 2 - Tetamu Tidak Diundang)

Kisah ini berlaku lebih kurang dua puluh tahun lalu. Ketika itu saya melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Selangor, Malaysia. Saya tinggal di dorm seramai lapan orang.

Satu hari, kolej kediaman hampir keseluruhan universiti itu dilanda masalah hantu minyak. Keseemua pelajar perempuan mulai berjaga-jaga. Saya dan teman-teman sebilik semua telah berpakat untuk tidur beramai-ramai di lantai dengan cara membentangkan tilam di tengah-tengah dorm dan membentuk dua kumpulan tilam kiri dan kanan. Di tengah-tengahnya pula adalah ruang untuk masuk ke kawasan meja belajar.


Pada malam itu, seorang rakan yang bukan sebilik dengan saya tidur bersama-sama kami semua. Oleh itu, seorang kakak senior, Liana (bukan nama sebenar) mengambil keputusan untuk tidur di atas katil bertingkat sahaja. Kami juga telah sepakat bahawa sesiapa yang terjaga dari tidur nanti, mesti memeriksa setiap teman bilik dan mengira jumlah kami supaya tiada sesiapa yang hilang atau mengalami apa-apa masalah. Sebelum tidur, seperti biasa, pintu bilik akan ditutup dan dikunci.


Keesokan harinya, tiga orang telah dilaporkan terjaga dan memeriksa keadaan semua orang. Salah seorangnya saya sendiri. Kami bertiga telah mengesahkan jumlah ahli ketika terjaga itu cukup sembilan orang sambil menunjukkan gaya masing-masing. Namun, tiba-tiba salah seorang lagi kakak senior, Zara (bukan nama sebenar) bertanya semula pada Kak Liana:


Cuba awak tunjuk semula cara awak kira tadi?” Kak Liana pun tunjukkan dari arah katilnya sendiri, “1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9… haa… cukup jer!” Kak Liana siap menunjuk-nunjuk dengan jari telunjuk ke arah tempat kami tidur malam tadi. Apa yang tak kena? “Cuba tunjuk sekali lagi!!” Bentak Kak Zara dengan wajah yang lebih serius. “1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9…” Kali ini, Kak Liana mengulang kiraan dengan lebih perlahan.


Akhirnya, barulah kami perasan sesuatu. Kak Liana hanya mengira sembilan orang yang berada di atas tilam tanpa mengira dirinya sekali! Habis tu? Siapa seorang lagi yang tidur bersama-sama kami malam tadi? Kami semua terdiam.

Tiba-tiba salah seorang daripada kami menceritakan yang dia terperasan seseorang yang berkulit sangat cerah (tiada seorang pun antara kami berkulit secerah itu) baring secara meniarap ke lantai sedangkan tempat ia berbaring itu tiada tilam. “Benda itu” berada betul-betul di kawasan laluan ke meja belajar!


Siapa yang seorang lagi itu? Sedangkan pintu bilik telah dikunci dan tiada sesiapa yang masuk atau keluar sepanjang kami tidur pada malam itu?


(Berakhir Kisah Kedua...)

197 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page