top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Kisah Di Asrama Di Sabah (Bahagian Pertama)

Selamat malam dan salam sejahtera,


Saya Siti dari negeri Sabah. Kisah yang akan saya ceritakan ini berlaku 6 tahun yang lalu. Ketika itu saya berumur 17 tahun dan tinggal di asrama salah sebuah sekolah di sini. Asrama untuk pelajar perempuan mempunyai 2 blok dan bersambung di tangga - Blok A dan juga blok B. Saya telah ditempatkan di bilik A12 iaitu di blok A. Pada waktu itu saya boleh lihat benda-benda yang halus bermula dari 14 tahun ketika saya baru masuk asrama. Kejadian ini berlaku pada musim peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).


Pada ketika itu kebanyakan pelajar di asrama yang tidak mengambil peperiksaan besar itu telah pun pulang ke rumah masing-masing. Jadi, banyak bilik yang kosong. Di bilik saya ada seorang lagi kawan yang mengambil peperiksaan SPM, jadi kami tinggal berdua sahaja di dalam bilik itu. Dalam bilik kami, terdapat 5 katil bertingkat dan saya dengan kawan saya tidur di katil bawah.


Pada hujung minggu yang pertama, teman sebilik saya pulang ke rumahnya, dan saya tinggal bersendirian di dalam bilik itu. Teman sebilik saya pulang ke rumahnya pada hari Jumaat dan dijangka kembali semula pada hari Ahad. Petang itu, cuaca hujan lebat berserta guruh. Ketika itu saya sedang bertiarap di atas katil saya. Keadaan dalam bilik agak gelap kerana hujan, tetapi saya malas untuk bangun dari katil untuk menghidupkan lampu bilik. Saya melihat almari teman sebilik saya yang pulang.


Tiba-tiba saya ternampak susuk tubuh seorang perempuan berdiri di hadapan almari teman saya. Guruh berbunyi dan dengan serentak, susuk tubuh itu hilang dari pandangan mata dan pintu almari teman saya tiba-tiba terbuka seperti pintu almari itu ditolak kuat dari dalam. Saya terkejut. Saya alihkan pandangan saya dan bermain dengan telefon bimbit untuk mengalihkan perhatian serta hilangkan rasa seram. Setelah 10 minit berlalu, barulah saya bangun untuk hidupkan lampu bilik.


Mujur pada malam itu tiada apa-apa perkara pelik yang berlaku kerana saya tidur dengan lampu yang dihidupkan sepanjang malam. Sepanjang malam danjuga hujung minggu yang saya tidak pulang ke rumah itu, saya hidupkan putaran bacaan surah-surah suci dari Al-Qur'an untuk menemani saya sehinggalah tiba malam Ahad di mana teman-teman sebilik kembali semula ke asrama.


(Berakhir bahagian pertama...)

2,161 views1 comment

Recent Posts

See All

1 комментарий

Оценка: 0 из 5 звезд.
Еще нет оценок

Добавить рейтинг
Wie Avakin
Wie Avakin
22 окт.
Оценка: 5 из 5 звезд.

Semnagatt

Лайк
bottom of page