top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Kelibat Nenek Tua Dalam Rumah!

Assalamualaikum KC,


Nama saya Syiqah. Saya ingin berkongsi satu kisah di rumah sewa mak saya di Ghim Moh Road. Kejadian ini terjadi sewaktu adik perempuan saya baru berusia 4 tahun. Adik saya ini memang mempunyai satu kelebihan, iaitu dia dikurniakan dengan deria keenam sewaktu dia masih kecil. Sekarang dia berumur 13 tahun.


Pada malam itu, saya dan tiga orang adik perempuan saya bermalam di rumah mak saya. Saya tinggal bersama nenek, maklumlah kami keluarga kurang berada dan rumah mak saya kecil saja dan tak dapat menampung kami sekeluarga. Mak dan bapa saya keluar atas urusan kerja dan balik agak lewat. Kami tidur berderet di ruang tamu.


Sedang kami tidur, tiba-tiba adik saya yang mempunyai kelebihan ini terbangun dan menangis. Saya bangun dan cuba tenangkannya kerana menyangkakan dia mengalami mimpi yang buruk. Kami pun kembali tidur dan beberapa ketika kemudian, dia terbangun dan menangis lagi, kali ini dia menunjuk di arah tingkap dapur.

Saya rasa tak sedap hati, jadi saya menepuknya agar tidur semula dan saya baring di sebelahnya. Saya cuba untuk melelapkan mata dan pusing baring menghadap ke arah dapur. Namun bila saya membuka mata dalam keadaan mamai, saya ternampak ada seorang nenek sedang berbongkok, berambut putih panjang dan juga berpakaian sangat buruk, koyak2 dan lusuh sambil membawa tongkat. Yang menyeramkan keadaan, mulutnya terbuka besar sampai ke paras dada!

Saya cuba membuka mata sepenuhnya tapi tidak boleh seperti ada yang melekat mata saya. Saya baca surah Al-Fatehah dan memaksa diri untuk membuka mata. Bila saya berjaya membuka mata, adik saya tersedar dan nangis sambil menjerit. Saya hubungi mak dan bapa saya dan mereka bergegas pulang. Bapa saya baca Ayatul Kursi dan sebat sekeliling rumah dengan penyapu lidi. Saya tak beritahu orang tua saya tentang ape saya nampak.


Keesokan hari, kami bertanya adik apa yang dia nampak pada malam semalamnya. Bila adik bercerita, sememangnya apa yang digambarkan itu sama seperti apa yang saya nampak!

Sekian,

Terima kasih...

528 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page