top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Kelakuan Arwah Datuk Yang Pelik...

Assalammualaikum KC dan pembaca blog Malam Seram,


Saya Farah dari Sepang, Selangor. Saya sudah lama menjadi pendengar setia rancangan radio bertemakan kisah-kisah seram kelolaan KC hampir 10 tahun lamanya. Saya hendak sampaikan kisah saya tentang arwah datuk di mana sewaktu beliau masih hidup, saya tinggal bersamanya dan arwah nenek ketika saya kecil. Kampung saya terletak di Batu Pahat, Johor.


Arwah datuk saya suka berkelakuan pelik. Setiap kali waktu makan bersama dengan arwah nenek dan datuk, saya akan sediakan tiga pinggan dan cawan, tetapi arwah datuk mesti menyuruh saya menambahkan lagi dua pinggan kerana dia kata ada dua anak kecil yang mahu makan bersama. Arwah nenek selalu marahkannya kerana suka menakutkan saya tapi saya dah terbiasa. Sampaikan ada satu ketika saya sedang mencuci pinggan tiba-tiba datuk datang dari belakang dan marah-marah sambil berkata, "Kenapa kau main bawah sinki? Cucu aku sedang basuh pinggan! Kau pergi main tempat lain!"

Saya hanya mampu terdiam. Arwah datuk seolah-olah memimpin tangan dua orang anak kecil untuk bawa ke bilik tidur. Untuk pengetahuan semua, ketika itu arwah datuk dan nenek sudah tidak tidur sebilik. Saya pun tidak pasti kenapa, tetapi bilik mereka bersebelahan dan saya akan tidur dengan arwah nenek. Setiap malam arwah datuk akan berbual seolah-olah sedang berbual dengan "anak-anak kecil" tersebut. Nak dikatakan nyanyuk, arwah datuk masih dapat melaksanakan solat dan mengajar saya mengaji dengan betul. Bermacam-macam perkara terjadi tetapi saya seram jika tiba-tiba di kampung saya mengalami bekalan elektrik yang terpadam pada waktu malam.


Bila arwah datuk pasang lilin satu rumah, tiba-tiba rumah gelap semula dan dia akan marah seperti ini, "Janganlah kau main tiup2 lilin!" Benar tak logik kalau difikirkan, kerana tiada angin, pintu dan tingkap semua ditutup. Akhirnya sampailah nenek saya meninggal dunia baru arwah datuk saya betul-betul nyanyuk. Sedih sebab saya sudah kehilangan ibu, merekalah tempat saya bermanja kerana ayah saya ketika itu bertugas di Singapura. Sehinggalah arwah datuk meninggal dunia enam tahun lepas. Kuburnya dapat ditempatkan betul-betul bersebelahan kubur nenek.


Baru-baru ini kecoh di kampung saya jiran-jiran ternampak arwah datuk berjalan kaki ketika waktu siang dan malam berpusing di kawasan kampung. "Dia" akan toleh jika ada yang terperasan akan kewujudannya dan tidak menegur, hanya menoleh. Bukan seorang tetapi sudah ramai yang beritahu tentang hal ini. Saya tidak pasti apa yang terjadi. Ada yang kata itu penjaga rumah arwah datuk. Saya hanya mampu doakan mereka tenang di sana.


Terima kasih dan Selamat Malam Seram!

217 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page