Hi KC,
Nama saya, Irene. Saya penonton rancangan Malam Seram dari Sabah, dan merupakan peminat rancangan kelolaan KC dah memasuki tahun kesepuluh lamanya. Saya hendak ceritakan pengalaman peribadi saya yang berlaku sekitar lapan atau sembilan tahun lepas. Ia terjadi di kampung saya. Masa itu, gempar satu kampung, sebab atuk saudara saya tiba-tiba rebah. Atuk dan ayah saya cepat-cepat menghantar arwah pergi ke hospital.
Kampung saya terletak di tepi sungai. Susah sedikit untuk siapa-siapa bergerak ke sana ke sini dengan bebas. Hendak pergi ke pasar yang terdekat pun naik bot enjin, itu pun mengambil masa selama dua puluh minit. Nenek pun tidak tunggu lama, suruh masuk rumah jadi kami tidak tahu apa yang terjadi di luar. Tiga jam menunggu, akhirnya kami dapat khabar berita atuk saudara saya meninggal dunia.
Hendak dijadikan cerita, saya dan kakak saya duduk di dapur, sambil menjaga anak saudara saya yang masih bayi. Nak masuk bilik tidur, bilik pula terasa bahang dan panas kerana cuaca pada hari itu memang agak berbahang dek matahari yang panas terik pada sebelah siangnya. Makcik saya sibuk buat kerja di ruang tamu. Kami pun berbual untuk hilangkan rasa sedih. Adik saudara saya ditidurkan di dapur dalam buaian bayi sebab dapur sejuk dan bilik tidur pula terasa panas.
Dapur rumah kami luas, ruang makan pula cukup untuk tampung dalam dua puluh orang kalau duduk bersila. Sedang asyik berbual, adik saudara saya mula menangis. Saya pun apa lagi, angkatnya daripada buaian bayi. Cuba tenangkannya tetapi dia tidak berhenti menangis. Kakak saya pula cuba tenangkan. Dalam masa lima minit setelah penat menangis, barulah dia berhenti. Letak balik dalam buaian bayi, tiba-tiba pintu belakang rumah kami diketuk!
Kami terkejut, siapa yang nak masuk rumah kami dari bilik belakang sedangkan di belakang rumah kami merupakan hutan. Gelap sangat, tambahan lagi baru mendapat berita tentang atuk saudara saya yang baru meninggal dunia. Adik saudara saya mula menangis lagi. Kakak terus menyuruh saya mengambil Dylia (adik saudara saya). Saya terkejut dan terus lakukan apa yang disuruh.
Bunyi ketukan itu semakin kuat, makin lama makin kuat. Kelam-kabut kami lari. Dylia pula tidak berhenti menangis. Sampai di ruang tamu, makcik saya tenangkan bayinya sambil bertanya kami berdua apa yang telah terjadi. Kami pun menceritakan apa yang terjadi. Apabila nenek saya terdengar, dia menyuruh kami tidur di ruang tamu. Malam itu, macam-macam benda terjadi. Nenek saya dengar bunyi ketukan di cermin.
Untuk pengetahuan semua, kampung saya jenis rumah panjang. Depan ada ruang untuk penduduk bergerak buat aktiviti harian. Pada malamnya tidak ada seorang pun yang berani. Jadi siapa yang ketuk cermin semasa ruang depan gelap? Kakak saya pula terasa dirinya dihempap, sampai menangis dia tidak boleh bernafas. Ibu saya, dengar bunyi loceng bergerak ke hulu ke hilir. Nak kata kucing, kami tak bela kucing. Tapi syukur, kejadian seram terjadi pada malam itu saja.
Keesokan harinya, Atuk saya bercerita, sedang dalam perjalanan balik ke kampung saya selepas arwah atuk saudara disahkan meninggal dunia, dia kata dia ternampak sepasang mata di pokok kelapa depan rumah panjang kami. Ia bukanlah biji mata hantu, tetapi seperti lampu kecil yang memancar tepat ke arah kita. Mengikut kepercayaan kami, mata hantu sekejap saja ternampak, apabila terkelip mata terus hilang. Tapi kalau dah nampak, terus tenung, boleh terkena rasukan.
Terima kasih dan selamat malam KC!
Irene, Sabah.
BOLA PELANGI - BANDAR MIX PARLAY TERBESAR DI INDONESIA HANYA DENGAN 1 USER ID SUDAH BISA BERMAIN SEMUA GAME. Join US ! klik link di bawah ini ☟ ☛ <a href="http://bolapelangilounge.com/"> Prediksi Parlay Jitu </a> ☛ <a href="http://148.72.213.253/"> Mix Parlay </a> ☛ <a href="http://148.72.213.253/"> Bola Jalan </a> ☛ <a href="http://148.72.214.11/"> Bola Online </a> Untuk Info Dan Bonus Menariknya Bisa Hubungi Kami Di Bawah Ini : WHATSAPP 1 : +6282143134681 WHATSAPP 2 : +6281333472723 Ayo buruann , mana tau kamu menjadi jutawan setelah bergabung dengan kami .. ♛ Group FB Prediksi Parlay Dan Bola Jalan = https://www.facebook.com/groups/markasprediksiparlay/ ♛ Instagram = https://www.instagram.com/bolapelangi_01/ ♛ Pinterest = https://id.pinterest.com/Pelangiball/a