Selamat malam kepada para pembaca blog Malam Seram dan KC!
Nama saya "Mr. D" (bukan nama sebenar). Pengalaman ini merupakan pengalaman peribadi saya yang terjadi sekitar tahun 2018. Saya seorang Pegawai Medik yang ditempatkan di hospital di kawasan Borneo. Maaf saya tidak boleh sebut di mana hospital ini berada atas dasar professionalisme, akan tetapi perkara ini mungkin dah terbiasa buat petugas dalam wad pada syif sebelah malam. Pengalaman ini dialami semasa saya bekerja dalam wad di mana pesakit-pesakitnya tidak seperti di wad pembedahan, iaitu mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan. Di sini pesakitnya dalam kategori stabil.
Pada malam kejadian itu, jururawat yang bertugas ingin bertanyakan kepada saya perkembangan salah seorang pesakit di dalam wad tersebut, akan tetapi, jururawat itu menegur saya kerana dia melihat saya sedang memijak seseorang. Saya dengan terperanjat berkata, "Mana ada orang kat sini Kak?" Dia membalas, ''Eeee orang yang kau tak nampak lah! Jangan berdiri di situ, pergi sudut yang tepi sedikit..." Saya tidak hiraukan sebab saya sangkakan beliau mungkin tertekan atau saja mereka-reka cerita walaupun dahinya kelihatan berkerut. Saya pun sambung melakukan tugas seperti biasa sambil berbual dengan pesakit lain dan bertanyakan khabar mereka.
Salah seorang pesakit tiba-tiba berteriak memanggil saya dan saya bergegas ke arah katilnya dan bertanyakan kenapa? Pesakit itu bertanya kepada saya kenapa jururawat tadi memberinya ubat lantas beredar dan ubat yang diterima berubah menjadi cacing tanah? Saya mula rasa hairan kerana jururawat di bawah arahan saya tidak akan memberi ubat sembarangan tanpa mengikut masa yang ditetapkan. Pesakit itu menambah bahawa jururawat itu tunduk sahaja semasa memberi ubat.
Dipendekkan cerita, pada keesokan harinya saya bertanya kepada pegawai medik yang bertugas dalam wad yang sama. Semasa dalam lif saya bertanya, "Eh Dr. Alex, kenapa wad awak macam ada pengalaman yang aneh-aneh eh?" Dia lihat ke arah muka saya sambil membeliakkan matanya lalu berkata, "Kau betul nak tahu ke? Sebelum kau dipindahkan bekerja di sini, ada salah seorang jururawat membunuh dirinya akibat tertekan. Dia telah terjun dari bangunan dan wad itu kebetulan di tingkat 5! Kalau kau bernasib baik, mesti kau akan terjumpa seorang jururawat yang asyik tunduk di sudut dalam bilik rawatan hujung yang sunyi itu..."
Memang nasib saya "Baik" sangat pada malam itu...
Sekian dan terima kasih kerana sudi ketengahkan kisah saya...
Comments