top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Jelmaan Sosok Nenek Tua!

Assalammualaikum KC dan pembaca blog Malam Seram!


Saya Pojie, berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Maaf kalau kisah saya tidak menyeramkan. Apa yang saya hendak ceritakan ini adalah tentang makhluk yang menyerupai nenek tua yang berwajah hodoh dan bertubuh bongkok. Kisah ini terjadi apabila saya bersama isteri dan anak berada di rumah ibu mertua saya di Kota Bharu, Kelantan. Peristiwa itu berlaku sekitar jam 11 malam.


Ketika semua sedang tidur, saya terjaga kerana seperti ada sesuatu yang menjerit di telinga saya. Apa lagi, secara automatik saya terus terbangun dan membuka langkah silat. Rupanya anak saya yang menjerit. Dia kata dia hendak minum air. Saya dan anak pun bangun dari katil, buka pintu dan terus menuju ke dapur. Setelah selesai anak saya minum air, saya pun pimpin tangannya menuju ke bilik.


Sedang menuju ke bilik, tiba-tiba anak saya yang berusia empat tahun ini menegur saya, "Abi, Nenek buat apa tu kat meja?" Bulu roma saya terus meremang sebab di dalam rumah mak mertua saya memang tidak ada perempuan yang berusia. Ketika anak saya menegur nenek itu, saya pun cuba melihat. Memang benar ada sosok tubuh wanita tua yang dalam keadaan membongkok menuju ke arah kami berdua!


Saya pun tak mahu takutkan anak, saya hanya memberitahunya, "Nenek tengah makan lah tu..." sambil tangan saya menarik anak saya masuk ke dalam bilik dan terus kunci pintu. Anda semua cuba bayangkan, ketika saya dan anak ingin naik ke atas katil, di depan pintu bilik dengan jelas saya nampak ada jari di bawah pintu seperti meraba-raba sesuatu. Dalam masa yang sama tombol pintu bilik tidur saya dipusing-pusing seperti ingin dibuka tetapi tidak boleh kerana telah dikunci.


Anak saya terus turun dari katil dan ingin membuka pintu bilik. Dengan selamba dia berkata pada saya, "Buka pintulah Abi, Nenek nak masuk..." Selamat saya belum naik atas katil lagi. Saya terus membaca Ayat Kursi untuk tenangkan anak saya dan juga diri saya. Apa yang saya hairankan sewaktu ia berlaku, isteri saya tidak terjaga dari tidur, walhal dia seorang yang mudah terjaga dari tidur. Sampai sekarang nenek tua itu berada di sekeliling saya dan akan menjelma tanpa diduga. Saya memang tidak tahu dari mana dia datang.


Terima kasih kerana mengetengahkan kisah saya.

Selamat Malam Seram!

181 views0 comments

Recent Posts

See All

Commenti

Valutazione 0 stelle su 5.
Non ci sono ancora valutazioni

Aggiungi una valutazione
bottom of page