top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Hantu Bungkus

Assalamu'alaikum KC,


Saya Eyan dari negara Brunei Darussalam. Peristiwa yang ingin saya kongsikan mengisahkan tentang pengalaman yang saya lalui satu ketika dahulu pada awal tahun 90an. Masa itu saya masih berusia dalam lingkungan belasan tahun.


Pada zaman itu, kami tinggal di kawasan perkampungan. Tempat tinggal saya agak berjauhan dengan rumah-rumah lain yang berada di kawasan kampung kejiranan di sebelah belakang. Di sebelah kiri dan kanan merupakan kawasan perhutanan dan lampu di jalanan yang dipasang agak berjauhan sedikit. Sinaran cahaya lampu pula agak suram dan bukan macam sekarang, di mana lampu dah diubah-suai semuanya dan terang-benderang kawasan persekitaran jalanan.


Waktu itu rumah yang kami diami sekeluarga bersama ibu, kakak, abang dan adik berdinding papan kayu dan menggunakan tiang batu. Tiang rumah kami pula agak tinggi sedikit, tangga rumah tinggi juga dan menggunakan tangga papan kayu. Kenderaan pun tidak banyak melalui jalan tersebut, cuma orang kampung saja yang menggunakan jalan tersebut, maklumlah di penghujung jalan kampung merupakan jalan mati yang berdepan dengan semak-samun dan hutan tebal.


Ayah saya dah lama meninggal dunia ketika saya masih kecil dalam lingkungan usia empat tahun. Hanya ibulah yang menjaga kami sekeluarga. Kejadian yang saya ingin ceritakan berlaku sekitar waktu jam 12 tengah malam. Waktu itu, kami sekeluarga semua berada di ruang tamu dan kami semua belum tidur lagi kerana sedang menonton televisyen. Sedang kami asyik menonton televisyen, kami dikejutkan dengan kedengaran salakan anjing begitu kuat dan tidak henti-henti. Menyalak sambung-menyambung dan mengaung dengan kuat.


Kami sekeluarga terperanjat kerana tidak pernah perkara ini terjadi dan kedengaran begitu dekat sekali bunyi salakan anjing seolah-olah berada hanya di luar rumah kami. Meremang bulu roma dibuatnya hingga ke tengkuk. Ibu pula terus memanggil kami semua untuk berkumpul dengannya. Terasa seram sejuk kami sekeluarga rasakan pada masa itu dan kami semua seperti tidak tahu hendak cakap apa. Mulut kami kumat-kamit membaca ayat-ayat suci dan surah-surah yang kami tahu sahaja.


Setelah beberapa minit kemudian, kedengaran pula seperti ada sesuatu benda dari arah bawah tangga naik ke atas anak tangga rumah kami satu-persatu seperti sedang melompat hingga ke lantai atas beranda rumah. Ia naik dengan bunyi lompatan yang begitu kuat, maklumlah anak tangga kami diperbuat dari papan kayu, dah tentu kedengaran bunyinya sebegitu. Tiba-tiba bunyi itu terhenti dan kelihatan dari pintu bilik tidur di mana kami berada, berdiri di depan pintu rumah seperti sosok Hantu Bungkus!


Kakak dan adik saya tak berhenti menangis dan saya tidak puas hati hednak tahu apa yang sebenarnya berlaku lalu saya berlari masuk ke bilik kakak saya. Bilik kakak saya berada bersebelahan dengan pintu utama rumah kami. Jika kita buka jendela rumah, dari bilik kakak saya akan ternampak anak tangga rumah kami. Namun apa yang menghairankan saya, setelah saya pandang ke arah luar beranda rumah melalui jendela bilik kakak saya, langsung tidak ada orang atau makhluk! Ya Allah seram sejuk dibuatnya masa itu.


Setelah lebih kurang lima minit berlalu, bunyi anjing menyalak pun berhenti. Sampai sekarang masih teringat peristiwa yang tidak dapat saya lupakan dan masih tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku. Itulah saja pengalaman yang saya lalui. Terima kasih kerana sudi mengetengahkan kisah saya yang tidak begitu seram tapi kenyataannya, ia benar-benar berlaku.


Sekian dari Eyan...

245 views1 comment

Recent Posts

See All

1件のコメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
Zaki Al-Yahya
Zaki Al-Yahya
2021年6月28日

Makhluk halus ni kalau lihat secara terus memang tak nampak...yang nampak tu bila lihat ekor mata...itu pun samar samar


filem10minit.blogspot.com

Filem Seram Pendek

いいね!
bottom of page