top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Hantar Mangsa Kemalangan Ke Tempat Tugas...

Assalammu'alaikum para pembaca blog Malam Seram,

Nama saya Sapuan. Di sini saya akan menceritakan kisah yang berlaku sekitar tahun 1999 / 2000. Ketika itu saya bekerja di salah sebuah hotel di Shah Alam dan tamat syif saya pada pukul 11.00 malam. Ketika itu saya terasa malas hendak pulang ke rumah dulu jadi saya pun ronda-ronda dulu dengan menunggang motorsikal sekitar Seksyen 17 Shah Alam.


Sedang saya meronda, tiba-tiba saya ternampak seorang perempuan di perhentian bas sedang memegang topi keledar merah dan berbaju putih, seluar hitam. Saya pun berhenti dan bertanya ke mana hala tujunya, dan dia berkata hendak ke tempat kerja di Seksyen 16. Sedang saya seronok berbual dengannya, saya rasa pelik kenapa orang yang lalu depan perhentian bas itu memandang saya dengan semacam. Kerana tak mengendahkan mereka, saya pun menawarkan diri untuk menghantar beliau ke sana.

Setelah sampai di Seksyen 16, yang merupakan kawasan perkilangan, pemandangan yang menyambut saya merupakan tembok-tembok besar bangunan kilang yang ada di situ. Di sekelilingnya ada longkang yang besar dan sangat sunyi kawasan itu. Saya pun menurunkan beliau dan bila saya pusing ke belakang beberapa ketika kemudian, kelibat perempuan itu sudah tiada. Pelik kawasan itu tiada laluan masuk ke bangunan kilang di situ. Kerana tak nak fikir terlalu panjang, saya pun pulang ke rumah. 


Keesokan harinya saya lepak dengan kawan-kawan di kedai mamak. Dalam perbualan kami, seorang kawan saya memberitahu bahawa ada berlakunya kemalangan yang meragut nyawa terjadi betul-betul di depan perhentian bas yang saya terjumpa perempuan itu. Ketika kejadian berlaku, perempuan itu memakai baju putih, berseluar hitam serta mempunyai topi keledar merah di sisinya. Malam itu juga terus saya demam selama tiga hari.


Terima kasih dan Selamat Malam Seram...

148 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page