Kiriman emel dari Y (bukan nama sebenar)
Asal dari Singapura
Hello KC,
Sebelum saya mulakan cerita saya, tolong jangan sebut nama benar atau yang tertera di E-mail saya. KC boleh panggil saya Y sahaja. Saya juga nak minta maaf terlebih dahulu sebab Bahasa Melayu saya tak berapa baik. Harap KC boleh faham kisah saya.
Kisah ini berlaku lima tahun yang lepas, semasa saya masih belajar di UK. Universiti ini ada sebuah bangunan yang sangat cantik dan amat sunyi, sesuai untuk belajar. Kisah ini berlaku di bangunan ini selama tiga malam berturut-turut. Pada malam pertama, kawan saya (C) dan saya pergi ke bangunan ini pada waktu malam (~8pm) untuk buat 'assignment'. Bangunan ini sangat cantik dan luas macam sebuah bungalow dan ada taman sendiri. Oleh sebab masa itu adalah waktu malam, bangunan itu sangat sunyi dan kami pun nak pilih bilik yang palik luas dan cantik untuk buat kerja kami. Kami pun naik sebuah tangga dan buat kerja di bilik yang menghadapi tangga. Tiba-tiba, pada waktu tengah malam (12am), kami berdua terdengar printer di bawah tangga tiba-tiba terpasang dan berbunyi macam ada orang sedang print. Kami pun rasa aneh sebab memang tak ada orang di sudut bangunan itu. Tapi, kami pun tak kisah dan terus buat kerja.
Pada malam kedua, kami masih juga pulak ke bangunan itu untuk buat kerja dan perkara yang sama berlaku tapi kami tak endahkan. Kami terus buat kerja sampai pukul 4 pagi. Pukul 4 pagi di UK pada masa itu adalah pukul 12 tengah hari di rumah jadi saya pun nak panggil ibu bapa saya. Jadi, saya keluar daripada bilik itu dan duduk atas tangga untuk Skype dengan ibubapa saya. Tiba-tiba, pintu di sebelah tangga terhentam tutup dan printer itu (yang terletak di sebelah pintu) pun terpasang sekali lagi. Pada mulanya, saya rasa takut (takut kena marah) sebab mungkin ada orang yang masih berada di bangunan itu tapi masa itu sudah 4 pagi. Saya pun masih duduk di tangga dan pandang sekeliling saya tapi masih tak nampak orang. Selepas 5 minit, saya pun masuk bilik dan saya nampak kawan saya yang masih buat kerja. Apabila saya nampak dia, saya tahu yang dia pun rasa ada sesuatu yang tak kena. Jadi, kami pun tak nak tegur dan serta-merta keluar daripada bangunan itu. Apabila kami nak keluar, saya ternampak yang pintu yang tertutup itu ada satu "hinge" yang berat. Tak mungkin angin boleh meniup pintu itu sampai terhentam tutup. Kalau nak tutup pintu itu, seorang mesti tolak pintu itu dengan kuat. Dalam perjalanan kami keluar daripada bangunan itu, korridor dan bilik sebuah semua gelap jadi memang tak ada orang.
Apabila kami sudah keluar daripada bangunan itu, kawan saya beritahu saya bahawa dia pun rasa ada macam sesuatu yang tak kena sebab sebelum saya naik tangga dan pulang ke bilik, dia terdengar ada tapak kaki jalan di korridor di luar bilik itu. Kalau ada tepak kaki jalan di korridor itu, korridor itu terletak di belakang saya tapi saya tak ingat yang saya terdengar apa-apa tapak kaki.Tapi saya tahu tak ada orang di sana sebab saya tak nampak apa-apa apabila saya toleh ke belakang apabila saya pandang sekeliling. Dia pun pasti yang tepak kaki itu bukan saya punya tepak kaki sebab 5 minit selepas bunyi tapak kaki itu, dia dengar tapak kaki saya dan nampak saya. Kami pun tak nak endahkan lagi dan pulang ke bilik tidur masing-masing.
Pada malam ketiga, kami pun balik ke bilik yang sama untuk buat kerja. Hal printer terpasang belaku sakali lagi pada masa yang sama, macam malam pertama. Kita pun segera keluar daripada bangunan itu dan tak pernah pulang lagi.
Saya harap KC boleh faham cerita saya dan boleh sampaikan cerita saya di Malam Seram. Minta maaf sekali lagi sebab Bahasa Melayu saya tak berapa baik.
Comments