top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Dihempap Jin Semasa Tidur

Assalamualaikum KC,


Saya Aina Nasuha dari Pasir Gudang, Johor Bahru. Saya mula mendengar rancangan kelolaan KC di radio dulu sejak saya berada di darjah empat (sepuluh tahun) dan kini saya berusia dua puluh tahun. Saya ingin berkongsi cerita tentang saya dihempap jin. Pada malam itu saya dari Melaka dan ingin balik ke Johor. Malam itu juga sebelum balik, saya dan keluarga sempat singgah ke tasik. Tapi hanya lihat pemandangan dari jauh. Kemudian kami pun pulang.


Sampai saja di rumah, saya hanya basuh muka dan tidak basuh kaki atau ambil air wudhu pun. Selalunya sejurus sebelum masuk tidur, saya akan kibas dulu katil saya. Sebab mak saya sering berpesan, bila kita kibas katil sambil berselawat, Insya Allah kita tidak akan diganggu oleh jin sewaktu tidur, tapi entah kenapa kerana terlalu penat, saya tidak teringat hendak buat semua itu pada malam itu.


Sekitar pukul 3 pagi, saya termimpi sesuatu benda yang menakutkan. Mimpi itu memang kacau-bilau. Antara inti mimpi yang saya ingat, saya masuk dalam satu kelas di sekolah saya sebab 'benda' itu memanggil saya. Bila saya masuk, benda itu berada di penjuru bahagian belakang kelas. Bila saya ternampak, benda itu sedang tenung dan memanggil saya. Saya cepat-cepat keluar. Dalam mimpi itu juga, saya terdengar bunyi anjing menyalak, cangkul diseret dan banyak lagi bunyi yang menyeramkan.


Saya kemudian terbangun dalam keadaan ketakutan dan menggigil namun saya tidak membuka mata sebab saya rasa seperti ada 'benda' itu sedang berbisik di tepi katil. Susah sangat nak perincikan macamana keadaan saya malam itu. Sampai saya terfikir hendak menjerit memanggil ibu saya tapi saya tidak berdaya sebab mulut terkunci dan badan kaku seperti diikat.


Saya terlelap semula tetapi beberapa ketika kemudian, saya dikejutkan dengan mimpi yang menyeramkan sehingga ia membuatkan telinga saya berdesing dan badan saya terasa seperti dihempap sesuatu. Saya tidak dapat membuka mata dan seolah-olah dipasung oleh sesuatu. Setelah saya membaca surah-surah suci di dalam mimpi, barulah secara perlahan saya dapat bergerak semula dan rasa dihempap itu beralih pergi. Itulah pengalaman mengerikan yang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila.

Pengajaran:

* Ambil air wuduk sebelum tidur * Baca doa dan surah-surah suci sebelum tidur


Terima kasih KC. Assalamu'alaikum!

364 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page