top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Diganggu Pocong Di Dalam Bilik Dorm!

Assalamualaikum KC,

Saya Amin dari JB, ingin berkongsi kisah ketika saya berada di alam sekolah menengah, lebih tepat lagi pada tahun 2005. Sewaktu dalam sekolah menengah, saya menetap di asrama sekolah. Bangunan sekolah saya ini terletak di sebuah bekas tapak tanah perkuburan.

Hendak dijadikan cerita, pada waktu itu saya baru pulang dari berjalan / merayap ke pekan dan jam menunjukkan dua lebih pagi. Mungkin ada yang tertanya kenapa saya pulang lewat dan tiada ke pegawai atau pengawas yang mengawasi gerak-geri kami serta pukul berapa kami pulang. Untuk pengetahuan semua, malam itu merupakan hari Sabtu malam Ahad, esoknya memang tiada sekolah, jadi kami bebas untuk keluar tanpa mempunyai waktu perintah berkurung. Sebelum masuk ke dorm, saya terlebih dahulu membasuh kaki dan ambil wudhuk seperti kebiasaan yang saya lakukan sebelum masuk tidur.


Selepas itu saya terus ke dorm saya yang berada di tingkat bawah bangunan. Katil saya pula terletak di hujung bilik. Kalau masuk dari pintu hujung, ia betul-betul di sebelah kanan bersebelahan dengan tingkap. Sudah menjadi rutin sebelum tidur, saya akan membaca surah-surah suci, ambil selimut dan selubung satu badan, sammbil menghadap ke tingkap yang membelakangkan pintu.


Ketika saya sedang mamai hendak tidur, saya terdengar bunyi seperti sesuatu yang bergolek. Pada mulanya bunyinya seperti jauh kemudian bunyinya semakin kuat dan semakin dekat sehingga tiba-tiba ia terhenti. Kerana ingin tahu bunyi apakah itu, saya pun menjengah ke pintu. Masya Allah! Saya ternampak sosok seperti mayat yang masih berbungkus, sepertinya sosok pocong! Keadaan bilik memang sudah gelap, hanya lampu koridor luar yang malap yang memancar sedikit cahaya dan saya dapat melihat dalam keadaan samar-samar.

Selepas saya nampak saya terus selubung semula dalam selimut. Saya mula membaca Ayat Kursi. Tiba-tiba saya terdengar seperti bunyi benda terjatuh dengan kuat sekali. Kemudian kedengaran seperti ia mula bergolek perlahan dan kemudian semakin laju dan semakin dekat seperti berada di belakang saya! Saya mula merasa meremang sangat dan rasa suhu dalam bilik seperti tiba-tiba menurun kesejukan! Saya cuba beranikan diri untuk menoleh. Alangkah terkejutnya saya, makhluk pocong itu betul-betul merengkan mukanya ke arah muka saya! Mukanya hitam sangat dan lubang matanya seperti ada ruang kosong! Di mana ada ruang kosong pada matanya kelihatan seperti ada titik merah saja!

Saya terus meronta dan menjerit ketakutan tetapi seperti badan saya terkunci dan suara saya ditahan! Saya mula membaca Ayat Kursi sekali lagi dalam hati. Beberapa ketika kemudian, baru pocong itu menjatuhkan diri dan kedengaran bunyi bergolek yang agak laju dan seterusnya hilang! Saya bingkas bangun dan istighfar. Badan saya memang berpeluh kerana pengalaman tersebut agak mencemaskan walaupun suhu dalam bilik agak sejuk. Yang peliknya, kawan-kawan saya di dalam bilik dorm, tidak seorang pun yang langsung bangun! Semua tidur mati pada malam itu!

Saya cuba lelapkan mata setelah membaca surah-surah dan doa pelindung diri. Namun belum sempat untuk baring semula, saya ternampak sosok tubuh pocong tadi melompat ke jalan raya dari tingkap dorm saya! Kepalanya bila melompat seperti terhoyong-hayang ke depan dan ke belakang. Saya tergamam dan terpaku melihat apa yang saya nampak. Saya teruskan membaca Ayat Kursi di dalam hati hinggalah kelibat pocong itu tidak kelihatan dari arah tingkap dorm saya. Malam itu memang saya tidak dapat tidur nyenyak kerana terlalu takut memikirkan apa yang yang terjadi. Mujur esoknya hari Ahad dan tiada kelas yang harus saya hadiri.


Inilah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sehingga hari ini. Disebabkan kejadian itu, saya memang serik untuk keluar merayau dan pulang lewat lagi ke dorm. Paling lewat saya pulang semula ke dorm pun sebelum pukul 10 malam ketika kawan-kawan saya semua masih sedar dan belum tidur.

Yang benar,


Amin...

153 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page