Kiriman emel dari Zack (bukan nama sebenar)
Asal, Singapura
Assalamualaikum KC dan geng Momok, Nama saya Zack (Bukan Nama sebenar). Saya nak cerita kisah pengalaman dulu masa saya duduk lepak dgn temanita saya di Bukit Panjang. Kita berdua tinggal daerah Bukit Panjang. Satu Hari, selepas saya kerja, saya ajak matair saya jumpa tempat biasa. Saja je lepak dan bebual. Tempat saya duduk tu dekat dengan tempat permaian buai-buai kanak-kanak dan berdekatan dengan sebuah pondok gelap. (Tak nak sebut lah block mana). Di belakang pondok itu ada taman (park) yang berdekatan dengan Expressway BKE. Park itu memang jarang orang masuk sebab kalau masuk, kanan kiri semua pokok2 besar dan tiang lampu jarak nye jauh. Saya tahu sebab saya pernah masuk siang hari pergi jogging sana. Jadi kalau malam tu jangan harap lah nak ke sana. Kisahnya begini, saya dan teman wanita saya masa tu biasa lah dating lepas kerja dalam jam 6 lebih petang, duduk dekat tempat duduk yang berdekatan buai2 facing entrance park tu dalam jarak 100 meter. Bebual mcm biasa dan masa tu masih ada budak2 bermain buai2. Dah masuk maghrib, budak2 yang bermain satu persatu pulang kerana dah gelap. Lampu tiang pon satu persatu nyala.
Bebual punya bebual dalam jam 7 lebih saya dgn teman wanita saya terperasan di tempat masuk park itu, ada tiang lampu nyala, dan kita berdua nampak seorang makcik bertudung hitam, berjubah hitam berdiri tegak melihat ke arah kami. Lama dia berdiri dan saya pon rasa tak sedap hati. Saya toleh keliling dah takde orang cuma kita berdua aja daerah situ. Dalam hati tertanya, bila masa makcik tu masuk atau jalan di situ depan kami. Kita tak nampak pon ada orang masuk keluar park. Teman wanita saya mula rasa takut sebab makcik tu atau benda tu masih berdiri tak gerak2. Dah nak masuk 20minit. Saya ambil keputusan utk pulang dan hantar teman wanita saya ke rumah nye berdekatan daerah bukit panjang jugak. 10 min perjalanan. Jadi saya ckp dgn dia, “Come lets go, i send u home. something not right”. And dia agree. So kita bangun dari situ jalan. Sambil jalan saya sempat toleh ke belakang nak check, makcik tu masih ada. Kita berdua jalan agak laju sikit lah pasal dah takut. Ingat dah selamat. Tapi belom. Nak Hantar matair saya time ke rumah dia tu nak kena tembus berapa block lah so bila dah sampai ke block yang last sebelom rumah dia, bawah block ni rumah lama banyak tembok2. Dan bila jalan bawah kolong blok, Astaghfirullah terkejut berok kita berdua bawah block yang last tu Makcik tu Berjubah serba serbi hitam berdiri di tepi salah satu tembok perhatikan kita, muka nye tak sempat saya lihat tapi memang tak nampak mata, mulut, kerana terlalu hitam. Saya dgn matair saya mengucap dan lari... astagha.. alhamdulillah, saya dapat hantar dia ke rumah dgn selamat dan saya pon pulang dgn selamat. Sempat saya call matair saya, dia pon tanya... mcm mana makcik tu boleh sampai ke depan block tu dulu dari kita. Tu yang pelik sama ada itu manusia atau bukan, saya pon tak pasti. Itulah pengalaman saya KC. Terima Kasih
Same with me.stay bp. The same taman where the 1st time i saw kakak cantik . Dekat giler. Dia punya perfume wangi sampai menusuk ke dada. That taman memang banyak orang cerita peristiwa seram-seram.