top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Block Kosong Berhantu?

Selamat Malam KC,


Saya ingat berkongsi cerita seram yang pernah saya mengalami. Peristiwa ini terjadi 9 tahun yang lalu. Waktu itu, saya masih menengah skolah lagi. Saya suka pergi 'adventure' ni semua dengan rakan-rakan sekolah. 

Suatu hari, kami sedang berbincang untuk pergi 'adventure'. Pasir ris mangrove swamp, red house yang dekat pasir ris, pantai changi, semua kami dah pergi. Jadi, ada seorang rakan saya ini tinggal dekat aljunied/macpherson. Dia pon cakap yang dekat daerah rumah dia tu ader 3-4 enbloc. Ader block masih ader occupants tapi boleh kira berape je, kc. 

Jadi kami smua setuju untuk pergi ke enbloc itu. Saya masih ingat lagi, hari itu adalah malam jumaat. Ada dalam 6 orang termasuk saya. Maklumlah, kalau nombor ganjil pergi tempat angker ni tak bagus. Kami pon berjalan dari bus stop ke blok yang pertama. 

Lalu blok yang pertama, boleh tahan lagi. Cuma ader kucing yang buat kami terperanjat. Lalu blok kedua, kami duduk sekejap..lepak kat bawah blok. Blok tu masa itu masih pakai lift lama yang warna biru dengan tidak boleh nampak luar. Bayangkan kc, lift tu bila kita lepak was at tingkat 6. Sedang kami lepak dekat kolong blok tu menghadap lift tu, tiba-tiba lift tu turun ke tingkat 1. Pintu lift tu bukak tapi tiada orang yang keluar kc.

Kami pon bergerak ke blok ke tiga, blok yang paling dalam, kami pon jalan bawa blok itu. Sampai je dekat belakang blok, tiba-tiba, the whole void deck went blackout kc. Sumpah! Memang kami semua terperanjat. Buluh roma semua dah naik. 

Salah satu kawan saya pon suruh kami bergerak dari tempat tu. Saya pikir okaylah mungkin tiada apa-apa benda akan berlaku lagi. Tapi saya silap. Kami semua memang dah seram untuk jalan bawah blok. Jadi kami berjalan mengikut carpark untuk patah balik. 


Sedang kami patah balik untuk pulang ke rumah kawan kami, dekat hdb flat smua ader tong sampah besar kan kc. Pada mulanya, kami semua nampak lampu dekat tong sampah besar itu berkelip-kelip. Okay, kita semua continue jalan. 

Ni yang paling seram kc, saya dengan satu kawan saya pusing belakang untuk bersembang dengan yang lain. Dekat tong sampah besar itu, sebelah dia ader blok. Bawa kolong blok kan ader batu-batu yang untuk support the structure. Betul-betul batu yang dekat sebelah tong sampah itu, saya dan kawan saya ternampak macam ader benda rambut panjang pakai kain putih macam mengendap kami. Nampak benda tu, saya dengan kawan saya pon cakap dengan sahabat lain untuk berjalan lebih pantas sampai ke main road dan terus pulang ke rumah kawan kami, kc 

Sekian. Terima kasih.

Emel dari Firdaus

897 views0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare

Mit 0 von 5 Sternen bewertet.
Noch keine Ratings

Rating hinzufügen
bottom of page