top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Benda Putih Terbang Di Atas Sewaktu Merentasi Lebuhraya AMJ...

Assalammu'alaikum dan selamat malam,


Nama saya Ayub, berasal dari Melaka. Saya ingin menceritakan sebuah peristiwa seram yang pernah saya alami ketika melalui sebuah jalan raya yang dikenali sebagai Lebuhraya AMJ di kawasan Merlimau Jasin. Peristiwa ini berlaku pada bulan Jun 2016, kejadian ini berlaku sekitar jam 4.00 pagi ketika saya ingin pulang ke Seremban dari kediaman keluarga saya.


Waktu itu saya menaiki motosikal dari rumah keluarga saya untuk pulang ke kediaman saya di Seremban kerana saya bekerja di Seremban dalam perjalanan melalui Lebuhraya AMJ, dengan kawasan agak sunyi dan kurang kenderaan ditambah pula hujan sedikit renyai-renyai. Terfikir juga hendak lalu ke tidak kawasan AMJ ni, terdengar juga dari mulut penduduk kampung pernah terlihat benda-benda pelik di kawasan ini.


Namun saya tidak pedulikan dan anggap tidak percaya apa orang cakap. Dalam hati saya, nak balik Seremban sebab saya hendak kerja pagi nanti. Saya kemudian menaiki motosikal melalui Lebuhraya AMJ. Tiba-tiba saya sampai di persimpangan lampu isyarat Merlimau. Saya rasa macam ada benda terbang atas kepala saya. Saya pun mendongak dan cuba melihat benda apa yang terbang di atas kepala saya.


Alangkah terkejutnya saya! Saya ternampak benda putih berbentuk sayap burung, memang besar saiznya! Saya rasa itu bukan burung, mungkin ada benda lain yang mengganggu saya pada fikiran hati saya. Dalam hati berdoa, "Ya Allah kau lindungilah daku dari sebarang benda yang tidak baik..." sambil saya membaca surah Al-Fatihah dalam hati. Kawasan AMJ ini memang banyak kemalangan ngeri telah berlaku dari waktu ia dibuka dan meragut beberapa nyawa sebelum ini, untuk makluman semua.


Itu saja perkongsian kisah seram saya. Terima kasih!

311 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page