top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Arwah Nenek Mempunyai Enam Ekor Saka!

Assalammualaikum KC,


Saya Hafizi ingin mengetengahkan kisah tentang arwah nenek saya yang memiliki enam ekor saka. Sebelum itu, ramai yang tahu bahawa kebiasaannya seseorang hanya memiliki seekor saka sahaja bukan? Saya juga hairan bagaimana arwah nenek saya boleh mempunyai sehingga enam ekor yang menjaganya. Sebab adakalanya satu saja seseorang mungkin tidak mampu untuk menjaga.


Kisahnya bermula ketika saya masih berumur tujuh belas tahun. Ketika itu saya mendapat tahu bahawa nenek saya memiliki seekor saka. Apabila saya menjangkau umur dua puluh satu tahun, saya telah menyambung pelajaran saya di luar negara. Umum pasti ingin tahu bagaimana nenek saya mendapat saka-saka tersebut, kan?


Arwah nenek saya merupakan anak yang terakhir dan mempunyai enam orang adik-beradik.

Setiap seorang memiliki seekor saka dari tiga orang arwah moyang saya yang diturunkan sebelum mereka meninggal dunia. Apabila seorang demi seorang meninggal dunia, saka mereka dipindahkan kepada arwah nenek saya. Perkara ini saya tidak ketahuinya pada mulanya kerana saya berada di luar negara.


Amat menyedihkan apabila saya tidak dapat pulang ketika lima orang nenek saudara saya meninggal dunia dalam masa tiga tahun. Akhirnya saya mendapat tahu bahawa nenek saya merupakan yang paling bongsu dalam keluarganya telah tenat dan ketika itu saya baru sahaja habis pembelajaran semester. Apabila saya sampai di kampung halaman saya, barulah saya mendapat tahu bahawa arwah nenek saya telah memiliki kesemua saka milik adik beradiknya.


Memang boleh dikatakan dulu arwah nenek saya amatlah kuat, sampaikan menebang pokok dengan hanya sekali libas sahaja, padahal kami terpaksa melibas berkali-kali untuk menebang sebatang pokok. Nak dijadikan cerita, nenek saya memang begitu tenat kerana tidak dapat menanggung kesemua saka yang ada pada dirinya. Kemudian dia meminta pertolongan daripada ayah saya untuk membawanya ke enam buah tapak perkuburan lama untuk membuang saka-sakanya.


Di setiap tapak perkuburan, nenek saya telah menggunakan kesemua tenaga yang ada untuk membuang saka yang ada di dalam dirinya dan di tapak perkuburan yang terakhir, nenek saya meninggal dunia akibat melawan sakanya yang sebenar. Saka itu memang enggan keluar dari tubuhnya sehinggakan nenek saya menghentak kakinya beberapa kali sambil membaca ayat-ayat yang tidak kami fahami.


Sebelum nenek saya membuat perkara tersebut arwah nenek saya berkata pada kami, "Sebelum kamu meninggalkan tempat ini, kamu jalan keluar dalam keadaan mengundur dan kemudian hentakkan kaki kamu enam kali dan buka kasut kamu dan tinggalkan di situ..." Akhirnya nenek saya membuang sakanya, terus rebah dan meninggal dunia di tempat itu.


Sekian terima kasih KC!

256 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page