top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Apa Yang Saya Lalui

Assalammualaikum KC,

Nama Saya Ella. Saya telah berumahtangga dengan bekas suami sekitar lima tahun yang lalu. Semuanya baik belaka sehingga dua minggu selepas kami bernikah. Rumahtangga saya hanya bahagia setakat dua minggu sahaja. Saya dapat tahu bekas suami saya curang dengan bekas kekasihnya. Wanita ini juga punca suami bercerai dengan isteri dari perkahwinan pertamanya. Dipendekkan cerita, suami mengaku dan minta maaf dan janji tidak akan buat lagi, tetapi curang lagi dengan wanita yang sama berkali-kali.


Sampai di satu saat, saya hamil. Bekas suami tidak rasa bahagia langsung, maka tidak terima kandungan saya. Bila wanita itu suruh pukul saya, malah dia akan pukul saya dengan seteruknya apabila kami bergaduh. Saya akan ditampar, ditendang, ditarik, ditolak dan juga dipijak tanpa raswa belas kasihan terhadap saya dan kandungan. Bekas suami kerap berkata, "Aku tak nak anak dari kau. Aku sumpah anak ni mati..." Semakin matang kehamilan saya, saya mula meracau dalam tidur saya.


"Jangan kacau aku! Aku takut! Pergi!" Dan saya akan terbangun sekitar pukul 1:30 hingga 4 pagi. Tiap tiap hari mimpi yang sama. Mimpi seorang wanita yang mengejar saya dan saya akan terjumpa bekas suami yang menjadi Pocong dan saya akan menangis dalam mimpi itu. Ataupun saya mimpi suami saya dipimpin oleh wanita tersebut dan terus hilang. Adakalanya, mimpi teruk sangat sampai saya akan terbangun secara terkejut dan bermandi peluh. Selalunya saya akan bermimpi suami saya menjadi mahkluk Pocong.


Semakin hari semakin teruk, adakala saya akan nampak wanita yang berambut panjang berdiri di sebelah katil saya. Adakala juga, saya akan ternampak wanita di luar tingkap bilik. Kadang-kadang bekas suami akan kejut saya dan bertanya, kenapa saya meracau di dalam tidur. Ada sekali, saya bermimpi mengatakan kepada bekas suami saya yang merupakan makhluk Pocong, "Abang, tengok Ella! Balik Abang! Balik sini Abang! Istighfar Abang! Baca Ayat Kursi Abang, balik sini..."


Saya memberitahu bekas suami apa yang saya alami dan mimpikan setiap malam namun dia selalu berkata saya yang tidak mandi selepas pulang dari kerja. Ibu mertua saya adalah seorang ibu yang kerap solat dan baca Qu'ran di dalam rumah, tidak pernah tinggal satu waktu pun. Saya tahu ini bukan sekadar mimpi.


Ada beberapa kali, saya akan bersendirian di rumah di Jurong. Saya jenis suka mengemas menggunakan penyapu. Bila saya sapu di satu sebelah, bila saya pusing ke belakang akan berabuk kembali. Kalau saya sedang mengemas, mesti ada bunyi seperti orang sedang mengesot di belakang saya. Bila saya berada di dalam bilik, saya akan nampak kelibat seperti ada orang lelaki masuk ke dapur. Banyak kali ternampak, bila pergi ke dapur tidak ada orang.


Bekas suami mati-mati tidak mahu pergi berubat, terpaksalah saya mencari seorang stazah yang membantu. Ustazah berkata, yang suami saya susah untuk benda halus tembusi sebab mungkin ilmu agama yang arwah ayah mertua saya mengajar, kuat. Ustazah mengatakan yang wanita itu ada kena mengena dengan segala gangguan yang saya terima, dan dia juga kata gangguan ini bukan jenis yang menyinggah. Ustazah berikan saya air, dan suruh saya mendirikan solat setiap waktu dan berdoa. Ustazah tidak dapat datang ke rumah, sebab saya tidak beritahu suami dan ibu mertua saya pergi berubat.


Saya benci tengok muka bekas suami saya. Makan yang dia masak pun saya dah tak lagi hendak makan walaupun sesuap. Kami pasti bergaduh. Sampai saya beritahu dengan ibu kandung saya. Ibu berkata, "Mungkin ada orang yang tidak suka kau bahagia, kau sabar berubat dan lawan rasa benci itu..." Setiap kali bekas suami saya berbaik dengan saya, dia akan jatuh sakit berhari-hari, dan kakinya akan bengkak. Tapi bila dia marahkan saya, bila kami bergaduh, tak akan rasa sakit apa-apa pun.


Bila saya hendak mencari wanita itu, suami akan bantah dan marah saya. Dia tidak terima dengan apa saya kata tentang wanita tersebut. Ada sekali, saya sudah tidak boleh tahan dan saya hendak cari wanita itu, dan bekas suami terlepas kata, "Jangan! Fikir pasal anak tu! Bapak dia pandai buat orang..." Bila saya dalam wad hendak bersalin, dia berkata, "Nanti lepas anak keluar, awak jangan lupa nak mati ye. Takpelah biar awak mati. Kan mat syahid. Nanti abang doakan..." Berderai hati saya.


Dipendekkan cerita, semua gangguan dan mimpi buruk yang saya alami, berhenti bila bekas suami lafazkan talak ke atas diri saya bila saya baru saja habis pantang dan tinggalkan saya sendiri di umah ibu saya sendiri. Rezeki saya disekat, anak saya yang berumur lima bulan diambil oleh suami dengan secara paksa sehingga sekarang. Walaupun telah tamat proses penceraian, hingga kini, kalau bekas suami gerbaik dengan saya, mesti dia akan jatuh sakit. Saya pernah teringat wanita itu pernah memberi amaran kepada saya dalam satu panggilan telefon, "Jangan ingat kau boleh hidup senang..."


Sekian, Wassalam...

791 views1 comment

Recent Posts

See All

1 Comment

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
sha2ne4
Sep 28, 2021

Allahu semoga Allah memberi sebanyak2 kekuatan kepada saudari. Besar ujiannya.

Like
bottom of page