top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Apa Yang Saya Bawa?

Assalamu'alaikum,

Saya Mohammad Shahmie ingin berkongsi kisah seram yang berlaku apabila saya ke rumah kawan saya di Layang-Layang, Johor. Saya tinggal di Felda Bukit Batu Kulai. Kisah ini berlaku sekitar empat tahun lepas. Ini yang terjadi apabila saya sampai di rumahnya...

Saya: "Assalamu'alaikum..."

Kawan saya berkata sambil berjalan menuju ke bilik: "Wa'alaikumussalam Mi, masuklah... Duduk dulu..."


Saya pun duduk di ruang tamu sambil menghisap rokok. Setelah lima belas minit saya menunggu, saya mula rasa tak sedap hati. Dalam hati berkata, mungkin sibuk, aku ni datang mengganggu agaknya. Setelah setengah jam menunggu, saya bangun dari tempat duduk ingin meminta diri untuk pulang. Belum sempat saya bangun, terdengar suara jeritan isteri kawan saya yang sungguh kuat: "APA KAU NAK!!!"


Terdetik dalam hati tertanya, mereka sedang bergaduh ke? Alahai mungkin saya datang pada waktu yang tidak sesuai. Sedang saya memikirkan cara untuk pulang, tiba-tiba saya trnampak susuk tubuh perempuan dengan keadaan merangkak menuju ke ruang tamu. Allahu Akbar. Apa dah jadi ni? Sambil berlari keluar dari bilik, kawan saya berkata, "Mi, bini aku dah terkena rasuk. Saka dia dah menguasai tubuh. Kau tolong aku baca apa yang kau tahu..."


Saya dalam keadaan terketar cuba membaca surah Al-Fatihah dan 3 Qul. Isterinya ketawa mengilai sambil merenung ke arah saya seraya bertanya, "Apa yang kau baca tu ha? Hahahahahaha..." Saya cuba ingat apa yang dipelajari di madrasah dulu. Sambil berdoa agar Allah membantu kami. Saya gagahkan diri, dimulai dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahi, saya melaungkan azan. Setelah habis azan, saya membaca surah Ar-Rahman.

Isterinya: "Diamlah bodoh...!" Kawan: "Teruskan baca Mi..."

Saya terus mengulang bacaan ayat-ayat tertentu dalam surah Ar-Rahman beberapa kali dan akhirnya, isterinya pengsan. Kawan saya mengangkat isterinya masuk ke dalam bilik. Sedang suaminya memapahnya bangun, tiba-tiba isterinya membuka mata dan pandang ke arah saya sambil bertanya, "Apa yang kau bawa di belakang kau tu?" Dia pandang ke arah saya sampai dia masuk ke dalam bilik.Saya tertanya pada diri sendiri apa yang saya bawa? Sememangnya saya datang seorang diri saja.

Kawan saya keluar dari dalam bilik dan ucapkan terima kasih kepada saya. Katanya dia tak sangka yang saya pandai dalam hal agama seperti ini. Dia berkata isterinya hendak berjumpa dengan saya untuk ucapkan terima kasih. Saya dengan rendah diri hanya berkata yang saya tidaklah sepandai mana, sambil menuju ke bilik mereka.

Kawan: "Ma... Inilah orang yang tolong Ma tadi..." Sambil memandang ke arah saya, "Bukan dia lah... Bukan dia... Yang lagi seorang tu..." Kawan: "Dialah yang tolong. Mana ada lagi orang dalam rumah ni? Dia datang seorang diri saja..." Isterinya: "Bukan dialah, Bang. Ma tengok orang lain tadi..."

Saya dengan penuh hairan berkata tak mengapa dan terus mohon untuk pulang kerana malam dah agak lewat. Sambil berjalan keluar dari pintu hingga menuju ke kereta, dalam benak fikiran saya tak habis-habis tertanya siapa yang saya bawa datang dengan saya? Sampai sekarang saya masih tidak tahu apa jawapannya dan menjadi satu misteri hingga ke hari ini...


Sekian, Wassalam...


157 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page