Salam KC,
Nama saya Maira dan saya ingin mengongsikan pengalaman seram saya sewaktu saya sekeluarga serta tiga lagi buah keluarga saudara-mara saya bercuti di Kuala Lumpur.
Pada masa itu, kami menetap di sebuah hotel yang huruf pertamanya bermula dengan huruf "F". Kami seramai empat buah keluarga tiba di hotel tersebut pada waktu petang. Walaupun kami sudah membuat tempahan yang terdahulu bagi percutian ini, pihak hotel tersebut memberitahu kami bahawa mereka tidak dapat jumpa maklumat mengenai tempahan kami dan menyarankan kami untuk mencari hotel yang lain. Sememangnya, ibu bapa saya dan pakcik / makcik saudara semuanya marah dan tidak berpuas hati kerana mereka sudah membuat tempahan tersebut dan mereka mengatakan mereka hendak juga bilik yang telah ditempah. Selepas beberapa jam menunggu, akhirnya dapat juga bilik-bilik yang telah kami tempah. Apa yang kami semua tidak tahu, kami dipisahkan oleh dua bangunan hotel berbeza. Ini bermakna keluarga saya dan salah satu keluarga makcik saya diberikan bilik di menara lama, manakala lagi dua buah keluarga saudara saya diberi bilik di bahagian menara terkini. Saya mengambil keputusan untuk tidur sebilik dengan keluarga makcik saya yang juga berada di menara lama seperti kami kerana saya tahu bahawa keluarga saya dianggotai orang-orang yang satu-satunya penakut.
Pada waktu itu, hanya abang saya dan ibu sahaja yang turut bercuti kecuali bapa saya yang terpaksa bertugas. Sebaik sahaja kami membuka pintu dan memberi salam, kami mendapati bahawa kesemua alat-alat yang ada di dalam bilik hotel itu ditutup dengan kain putih. Sudah tentu saya dan keluarga makcik saya berasa sungguh hairan dan tertanya-tanya tapi kami semua fikir yang baik-baik sahaja. Bilik keluarga saya pula berada di sebelah saja jadi jarak kami dua keluarga tidak jauh.
Perkara yang aneh mula berlaku padaa malam pertama. Waktu itu, yang lebih dewasa pergi pusat rawatan mengurut badan yang berdekatan dengan hotel kami, manakala kami yang lebih muda seperti saya dan sepupu-sepupu yang lain berkumpul di bilik yang ibu dan abang saya menetap. Biasalah masih budak-budak, kami semua bermain bermacam permainan seperti "Blind Mice" dan sembunyi-sembunyi. Kami semua bersembunyi di dalam almari, belakang langsir di tingkap, dalam tandas dan sebagainya.
Pada masa yang sama juga, abang saya sibuk mengambil gambar bangunan Menara KLCC yang boleh dilihat dari tingkap bilik hotel tersebut. Namun apabila beliau cuba untuk melihat kembali gambar yang dipetik, yang keluar semua gambar yang aneh-aneh seperti bentuk tangan, kaki dan sebagainya. Malam itu juga, abang saya diganggu. Abang saya tidur di atas katil yang sebelahnya terletak meja kecil di mana telefon bilik hotel diletakkan. Dia tidur pun menghadap meja tersebut.
Benda seram yang berlaku is when dia dengar seperti ada orang tekan butang telefon di meja tersebut. Abang saya tidur selalu memeluk bantal untuk menutup muka. Apabila dia cuba lihat ke arah telefon tersebut, dia ternampak jari yang mempunyai kuku yang sangat panjang sedang menekan butang telefon tersebut. Dia hanya mampu berdiam diri dan tutup mukanya dengan bantal sepanjang malam.
Manakala di bilik makcik saya, makcik saya juga turut diganggu. Saya masih teringat lagi malam itu saya dikejutkan oleh teriakan dari makcik saya dan diberitahu untuk ambil dan kemas barang-barang saya kerana kami hendak bertukar bilik. Kelihatan juga makcik saya sedang menangis dan terasa cuak. Apabila ditanya selepas diberi bilik yang baru di tingkat atas, makcik saya memberitahu bahawa sedang yang lain sedang tidur dan dia juga sedang melelapkan mata, tiba-tiba pintu almari seolah-olah diketuk dari dalam!
Paip air di dalam tandas pun seperti ada orang yang membuat main. Makcik saya dengan pantas menelefon pihak pengurusan hotel dengan menggunakan telefon di dalam biliknya dan memberitahu bahawa ada masalah yang berlaku di bilik kami. Sebaik sahaja makcik saya memberitahu nombor bilik, dengan pantas, pekerja hotel tersebut menjawab, "Kami akan datang secepat mungkin!" dengan tonasi suara yang cemas seperti dia tahu apa yang telah berlaku. Akhirnya, kami diberitahu bahawa bilik-bilik di menara lama ini sebenarnya agak keras berbandingkan di menara yang lebih baru. Bilik yang keluarga saya dan makcik saya sepatutnya tidak diberikan kepada mana-mana tetamu kerana mereka tahu benda-benda yang ganjil akan berlaku di bilik tersebut. Itulah salah satu sebab bahawa segala alat-alat diselaputi kain putih kerana bilik itu harus dikosongkan dan tidak dihuni mana-mana tetamu.
Namun akibat keluarga saya hendak jugak menetap di hotel tersebut selepas berlakunya ralat ketika menempah bilik hotel, mereka terpaksa juga memberikan kami bilik tersebut. Selepas kejadian yang amat menyeramkan itu, kami sekeluarga tidak lagi berani untuk ke hotel itu lagi. Terima Kasih...
Comments